• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 7i sertai barisan telefon 90hz, pelancaran Malaysia pada 13 Oktober

  • OLEH Najib
  • 11:49 am
  • 09/10/2020
  • Komen
Realme 7i sertai barisan telefon 90hz, pelancaran Malaysia pada 13 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Realme meneruskan kempen agresif pelancaran produk mereka dengan mengumumkan akan memperkenal satu lagi telefon pintar baru minggu depan. Selepas memperkenalkan alat penimbang berat dan berus gigi awal minggu ini, mereka akan melancarkan telefon pintar Realme 7i pada 13 Oktober 2020.

Awal tahun ini, Realme telah melancarkan Realme 5i pada bulan Januari. Ia diikuti oleh ketibaan Realme 6i tidak lama selepas itu, pada bulan April. Selepas 6 bulan, Realme 7i pula dilancarkan. Realme boleh dikatakan, menuruti kitaran 6 bulan untuk model baru siri ‘i’, sama seperti siri biasa.



Walaupun tidak berkongsi sebarang maklumat teknikal tentang Realme 7i, spesifikasi telefon ini boleh dirujuk di Indonesia. Ini kerana Realme 7i telah dilancarkan dan mula dijual di sana.

Dari laman spesifikasi Realme 7i Indonesia, ia menyatakan telefon ini dikuasakan oleh cip baru Snapdragon 662. Kuasa ini dipadankan dengan RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 2.1 128GB. Terdapat tiga slot kad boleh dipasang serentak, iaitu dua kad sim nano dan satu kad mikroSD.



Salah satu tarikan utama untuk telefon ini adalah skrin LCD 90Hz berukuran 6.5-inci. Tetapi ia hanya memiliki resolusi HD 720p sahaja. Baterinya pula sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Ia juga masih ada jek audio 3.5mm.

Kamera di belakangnya ada empat, dengan kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera hitam putih 2MP F2.4. Kamera hadapannya 16MP F2.1, terletak di dalam lubang di atas skrin.

Realme 7i menjalankan sistem operasi Realme UI, berasaskan Android 10. Pengimbas capjarinya terletak di belakang dan ia ada satu speaker sahaja.

Di Indonesia, hanya satu varian dijual iaitu RAM 8GB dan storan 128GB. Ia dijual pada harga IDR 3.199.000 (~RM903.60). Ada dua warna boleh dipilih, antara biru dan hijau.

Telefon baru Realme ini menyertai barisan telefon skrin 90Hz di bawah RM1,000 seperti Poco X3 NFC dan Oppo A53. Tetapi dengan skrin HD 720p dan tiada speaker stereo, ia dilihat ketinggalan berbanding Poco X3 NFC dan Oppo A53.

Apakah ada kejutan akan dibawa Realme Malaysia nanti? Kita nantikan pelancarannya pada 13 Oktober nanti.

Sumber: Realme

Tags: RealmeRealme 7i
Najib

Najib

POPULAR

Realme 7i sertai barisan telefon 90hz, pelancaran Malaysia pada 13 Oktober

Realme 7i sertai barisan telefon 90hz, pelancaran Malaysia pada 13 Oktober

9 October 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN