Realme 5i: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Ngam-ngam sebulan lepas Realme lancarkan Realme 5s, hari ini mereka umumkan pula Realme 5i. Ia menjadikan keluarga Realme 5 setakat ini ada 4 buah semuanya.

Sebenarnya, Realme 5i sudahpun dilancarkan pada minggu sudah. Di sana, mereka hadir dalam dua varian, 3+32 dan 4+64, dan harganya bermula VND 3,70 juta (~RM648). Untuk pasaran Malaysia, mereka cuma bawa masuk varian 4+64 sahaja dan dijual pada harga RM599.

Cari Realme di Lazada

Cari Realme di Shopee

Realme 5i akan mula dijual pada 18 Januari 2020 ini semua pengedar sah jenama itu diseluruh negara secara luar talian. Untuk jualan dalam talian, ia akan dikendalikan oleh Lazada dan boleh didapati bermula 28 Januari 2020.

Di bahagian spesifikasi teknikal telefon, Realme 5i lebih mirip pada Realme 5s yang diumumkan tahun sudah. Bezanya cuma pada kemasan belakang. kapasiti storan, dan kamera selfienya.

Bermula dengan papan utama, Realme 5i diperkasa Snapdragon 665, SoC yang agak berusia dalam tahun 2020 ini. Ia didatangkan dengan RAM sebesar 4GB dan storan seluas 64GB.

Mukanya dilengkapi panel paparan sebesar 6.5″ IPS LCD beresolusi HD+ dan takuk titisan air menempatkan kamera selfie 8MP. Resolusi kamera itu lebih rendah jika dibandingkan dengan 12MP pada Realme 5s.

Tapi untuk kamera belakang, konfigurasinya masih serupa. Anda terima kuadkamera belakang yang ada gabungan kamera 48MP + 8MP (ultralebar) + 2MP (makro) + 2MP (potret).

Membekalkan tenaga pada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh tanpa pengecasan pantas. Dalam tahun 2020, ia masih gunakan mikro-USB untuk tujuan pengecasan.

BACA  Realme C3 akan dilancar minggu depan dengan semua benda lebih besar