Realme 5i Gabung Kuadkamera Belakang Dengan Bateri Besar Pada Harga Patut

Ahli terbaru keluarga Realme 5 dilancarkan secara rasmi di Vietnam pada harga sekitar RM650. Realme 5i produk yang paling mampu milik dalam keluarganya dan dijangka akan tiba di Malaysia tak lama lagi sebab sudahpun melepas pensijilan SIRIM.

Cari Realme di Lazada

Cari Realme di Shopee

Pada sudut fizikaliti, ia nampak seperti Realme 5 biasa tapi warna yang ditawarkannya agak unik jika dibandingkan dengan ahli-ahli Realme yang lain. Anda boleh dapatkan telefon ini dalam warna hijau gelap dan biru.

Daripada sudut spesifikasi, ia mewarisi kebanyakkan specs Realme 5s. Bezanya adalah pada bahagian kamera utama. Kalau di Realme 5s ada kamera 48MP, Realme 5i ada sensor utama 12MP. Kemudian tiga baki kamera lain adalah 8MP (ultralebar), 2MP (makro), dan 2MP (potret). Di bahagian selfie, anda diberikan kamera 8MP.

Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 665. Untuk pasaran Vietnam, ia hadir dalam dua konfigurasi iaitu RAM 3GB + storan 32GB dan RAM 4GB + storan 64GB. Tapi di Malaysia, biasanya hanya satu varian saja yang akan tiba.

Realme 5i sesuai untuk yang inginkan telefon berpaparan besar. Ia ada panel IPS sebesar 6.5″ tapi cuma pada resolusi HD+. Segala kelengkapan elektronik telefon ini mendapatkan sumber tenaga daripada sekeping bateri berkapasiti 5,000mAh tanpa fungsi pengecasan pantas.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Realme Siap Sedia Lancarkan Flagship Terbaru Di MWC 2020