• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft Surface Pro X dengan cip baru SQ2 mula dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:28 am
  • 15/10/2020
  • Komen
Microsoft Surface Pro X dengan cip baru SQ2 mula dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tablet berkuasa tinggi, Surface Pro X yang telah dikemaskini telah mula dijual di Malaysia. Microsoft Malaysia mengumumkan yang ia boleh dibeli menerusi wakil penjual dan peruncit sah pada harga bermula daripada RM 6,999.

Microsoft melengkapi Surface Pro X dikemaskini ini dengan pemproses baru Microsoft SQ2, yang dibangunkan dengan kerjasama Qualcomm. Ia hadir dengan kemasan platinum yang mewah dengan hayat bateri lebih panjang.



Harga jualannya adalah seperti berikut:

Mereka yang berminat, boleh membeli dari pengedar sah seperti SoftwareONE dan Prestariang Systems Sdn Bhd, dan juga peruncit sah seperti All IT, Gloo by SNS, Harvey Norman, Lazada-Microsoft flagship store, PC Image, Senheng, Shopee-Microsoft flagship store dan TMT by Thundermatch.



Perlu ambil perhatian bahawa papan kekunci dan pen dijual berasingan. Untuk menggunakannya seperti laptop, anda perlu menambah papan kekunci berharga dari RM670.

Spesifikasi

Dari segi rupa luaran, Surface Pro X tidak banyak berubah dari model sebelumnya. Beratnya hanya 774g dengan ketebalan 7.3mm sahaja. Skrinnya berukuran 13-inci dari jenis PixelSense, dengan resolusi 2880×1920 dalam nisbah 3:2.

Kuasa pemprosesnya digerakkan oleh cip Microsoft SQ2, bersama RAM LPDDR4x 16GB dan storan SSD sehingga 512GB. Menurut Microsoft, tablet ini memiliki jangka hayat sehingga 15 jam dalam satu cas penuh, 2 jam lebih lama dari model sebelum ini.

Satu kelebihan tablet ini adalah ia dilengkapi sambungan internet mudah alih Gigabit LTE, dengan memasukkan kad SIM nano di dalam slot yang disediakan. Selain itu, Surface Pro X memiliki sambungan 2 port USB-C, yang berkemampuan menyalurkan paparan 4K.

Sistem bunyi diuruskan oleh speaker stereo berteknologi Dolby Audio tetapi tiada jek audio 3.5mm. Untuk kamera, ia dilengkapi kamera belakang 10MP dan kamera hadapan 5MP yang menyokong rakaman video HD Penuh dan pengecaman wajah Windows Hello.

Sistem operasi Windows 10 Pro diberikan untuk pelanggan Surface for Business, manakala pembeli Surface for Consumer, akan menerima Windows 10 Home. Perlu diketahui bahawa tidak semua aplikasi Windows boleh digunakan di Surface Pro X.

Ini kerana cip Microsoft SQ2 dibangunkan dengan teknologi ARM, yang setakat ini boleh menjalankan aplikasi 64-bit ARM64, 32-bit ARM32 dan 32-bit x86. Ia masih belum menyokong aplikasi 64-bit x64 buat masa ini. Maklumat lanjut tentang sokongan aplikasi ini boleh dirujuk di sini.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tablet baru Microsoft ini, layari laman produk Surface Pro X.

Tags: Microsoftmicrosoft surface pro x
Najib

Najib

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER