• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Watch 6 dan Apple Watch SE mula dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:07 pm
  • 16/10/2020
  • Komen
Apple Watch 6 dan Apple Watch SE mula dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE telah dilancarkan hampir sebulan yang lepas. Kedua-dua jam pintar baru Apple ini akan mula dijual di Malaysia tidak lama lagi, dan tempahan telah mula diterima di Stor Online Apple serta beberapa pengedar sah Apple tempatan.

Harga

Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE dijual di Malaydia dengan harga seperti berikut:



Apple Watch SE – Aluminium + Sport Loop / Solo Loop
40mm GPS – RM1,199
40mm GPS + Selular – RM1,449
44mm GPS – RM1,349
44mm GPS + Selular – RM1,599

Apple Watch Series 6 – Aluminium + Sport Loop
40mm GPS – RM1,749
40mm GPS + Selular – RM2,199
44mm GPS – RM1,899
44mm GPS + Selular– RM2,349

Apple Watch Series 6 – Stainless Steel + Sport Loop
40mm GPS + Selular – RM2,999
44mm GPS + Selular – RM3,249

Seperti sebelumnya, pembeli boleh memilih dan memadankan Apple Watch dengan pelbagai jenis bingkai dan tali jam, menerusi Apple Watch Studio. Antara pilihan yang terdapat untuk Apple Watch Series 6 adalah bingkai aluminium berwarna kelabu, perak, emas, biru atau merah. Selain itu ada juga bingkai besi tahan karat dalam warna graphite, perak atau emas. Terdapat juga tali Solo Loop yang boleh dipilih dalam 12 saiz untuk padanan sempurna.

Tarikh Jualan

Semua pilihan Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE kini terdapat di Stor Online Apple. Apple Watch Series 6 dengan bingkai aluminium dan tali Sports Band akan dihantar dalam masa 1-2 minggu, manakala dengan tali Solo Loop mengambil masa 3-4 minggu untuk dihantar. Jika mahu dapat lebih cepat, terdaat beberapa pilihan tali yang boleh dihantar dalam masa 2-3 hari bekerja.



Pilihan yang lebih mahal seperti bingkai besi tahan karat bersama tali Milanese Loop, akan dihantar pada keesokan hari bekerja, manakala Apple Watch (Product) Red dengan bingkai aluminium dan tali Sport Loop akan dihantar dalam 2-3 hari bekerja.

Jika anda lebih berminat untuk membeli di kedai secara fizikal, pengedar sah Apple seperti Machines dan Switch kini menerima tempahan awal. Tempahan awal juga boleh dibuat di Stor Rasmi Apple di Lazada.

Menurut Machines, tempahan akan dihantar bermula 21 Oktober manakala Switch dan Lazada pula akan menghantar tempahan dari 23 Oktober 2020. Jika anda tidak mahu membuat bayaran penuh, anda boleh menempah seunit dari Switch dengan meletak wang deposit RM300.

Untuk pembelian lebih murah, Apple Watch akan turut terdapat di syarikat telekomunikasi bersama kontrak. Celcom telah mengesahkan akan menawarkan Apple Watch Series 6 dan SE selular tidak lama lagi. Digi pula telah menerima tempahan awal dengan Apple Watch SE ditawarkan dari RM38/bulan bersama pelan ansuran.

Apa yang baru di Series 6 dan SE

Kedua-dua model Apple Watch ini hadir dalam dua saiz bingkai, 40mm dan 44mm. Apple Series 6 kini memiliki Sensor Oksigen Darah dan menyokong pengecasan pantass di mana 100% penuh dicapai dalam 1.5 jam sahaja. Ia juga menyokong Ultra Wideband untuk pengesanan lokasi dalam bangunan dengan lebih tepat.

Lain-lain perkara masih sama seperti kalis air 5ATM, amaran denyutan nadi rendah dan tinggi, pengesan kejatuhan dan altimeter sentiasa aktif. Ia juga menyokong sensor ECG tetapi ia masih belum diaktifkan di Malaysia.

Apple Watch SE pula, adalah versi turut taraf dari Apple Watch Series 5. Rupanya sama tetapi ia tidak memiliki paparan sentiasa hidup dan tiada sensor ECG dan pengesan tahap oksigen darah. Selain itu, ia sama sahaja seperti bateri sehingga 18 jam dalam sekali cas.

Tags: appleapple watchApple Watch SEApple Watch series 6
Najib

Najib

POPULAR

Apple Watch 6 dan Apple Watch SE mula dijual di Malaysia

Apple Watch 6 dan Apple Watch SE mula dijual di Malaysia

16 October 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER