Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei mahu jual Honor, langkah menang-menang untuk semua

Honor, anak syarikat Huawei yang bergerak secara bebas, turut terikat dengan larangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan terhadap Huawei. Akibatnya, perniagaan yang berurusniaga di AS turut dilarang berurusan dengan Honor.

Disebabkan itu, peranti baru Honor juga tidak dapat menggunakan Google Mobile Services. Tiada aplikasi Google dan tiada perkhidmatan Google. Peranti baru Honor terpaksa bergantung pada stor aplikasi Huwaei AppGallery dan Huawei Mobile Services.

Perkara ini mungkin akan berubah apabila Huawei dilaporkan mahu menjual sebahagian unit Honor, dengan tawaran setinggi RMB 25 bilion (~RM15.45 bilion). Reuters melaporkan perkara ini dilakukan Huawei sebagai langkah menyusun semula keutamaan mereka, untuk menjual telefon pintar Huawei berprestasi tinggi, berbanding jenama Honor yang mengutamakan belia dan pembeli bajet.

Aset yang mahu dijual masih belum mencapai kata sepakat tetapi ia dijangka termasuk jenama Honor, bahagian penyelidikan dan pembangunan serta perniagaan rantaian bekalan yang berkaitan.

Antara syarikat yang diwar-warkan berminat dalam tawarn ini adalah Digital China, pengedar utama telefon Honor di China. Selain itu, syarikat TCL dan Xiaomi turut dikatakan berminat dengan tawaran ini. Huawei dan TCL dilaporkan tidak mahu memberi komen mengenainya manakala Digital China dan Xiaomi, tidak membalas apabila ditanya.

Menurut penganalisa teknologi yang terkenal, Kuo Ming-Chi menyatakan bahawa transaksi ini adalah situasi menang-menang untuk Honor, pembekal dan industri elektronik China. Bagi Huawei, ia membebaskan Honor dari sekatan kerajaan AS sekaligus membantu pengedar menjual peranti Honor. Ia juga memberikan aliran tunai lebih baik untuk Huawie.

Buat masa ini, perkara ini masih belum disahkan. Malah, laporan dari Huawei Central mengatakan bahawa laporan berita ini tidak benar dan Huawei akan terus beroperasi di bawah Huawei.

BACA  Laptop Honor MagicBook 14 kini RM200 lebih murah

Sumber: Reuters