Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

COVID-19: Rekod baru dicatat hari ini, 869 kes positif dan 4 kematian

Malaysia hari ini mencatatkan rekod kes positif COVID yang baru, sebanyak 869 kes. Ini membawakan jumlah kes jangkitan kepada 19,627 kes. Ini merupakan kes positif tertinggi selepas 691 kes dicatatkan pada 6 Oktober.

Sebanyak 4 kematian direkodkan di mana kesemuanya di Sabah, menjadikan jumlah kematian kepada 180 orang.

Sementara itu, masih terdapat sebanyak 6,886 kes positif aktif dan sedang menerima rawatan. Sebanyak 91 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 30 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 302 kes sembuh baharu dan sejumlah 12,561 pesakit telah sembuh dan dilepaskan. Kadar penyembuhan kini di tahap 64.0% manakala kadar kematian 0.92%.

Semua 869 kes positif baharu hari ini merupakan jangkitan tempatan dan tiada kes import hari ini. Sabah mencatatkan kes tertinggi sebanyak 451 kes baharu, diikuti oleh Pulau Pinang 189 kes, Selangor dengan 159 kes, Kedah sebanyak 38 kes dan Kuala Lumpur pula 15 kes. Sarawak, Perak, Terengganu, Johor, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan, masing-masing mencatat di bawah 5 kes baharu.

90% dari kes yang dilaporkan hari ini datang dari zon PKPB, PKPD TEMCO dan penjara. Dari 20 September sehingga 17 Oktober, sebanyak 441 kes positif dilaporkan dengan sejarah perjalanan ke negeri Sabah.

KKM juga telah mengesan 5 kluster baharu hari ini. Ia termasuk kluster Teduh di Lahad Datu, kluster Menara yang meliputi beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur, kluster Keladi di Klang, kluster Sentral meliputi Kepong, Cheras dan Titiwangsa, serta kluster Bah Bemban meliputi Dungun dan Kota Kinabalu.

Malaysia telah melaporkan kes baharu harian melebihi 500 kes selama 7 hari berturut-turut. Sabah mencatatkan kes tertinggi dalam waktu ini dan KKM telah meningkatkan usaha membuat ujian RT-PCR COVID-19, dari 1,350 ujian ke 2,600 ujian sehari. Sabah kini memiliki 122 katil ICU dan 180 mesin ventilator.

BACA  COVID-19: Lagi rekod positif COVID-19, 432 adalah paling tinggi setakat ini

Sumber: KKM, KP Kesihatan