• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambaran rupa telefon Samsung Galaxy S21 dan S21 Ultra akan datang

  • OLEH Najib
  • 1:51 pm
  • 19/10/2020
  • Komen
Gambaran rupa telefon Samsung Galaxy S21 dan S21 Ultra akan datang
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2020 akan melabuhkan tirai tidak lama lagi dan tahun 2021 akan menjelma. Samsung dikatakan agak sibuk pada hujung tahun ini kerana mahu melancarkan telefon pintar flagship baru mereka, seawal bulan Januari.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pembocr berita terkenal, Steve H.McFly di @OnLeaks, bersama gambaran yang menunjukkan rupa telefon terbaru Samsung itu. Bukan satu, tetapi ada dua model dikongsikan iaitu Galaxy S21 dan Galaxy S21 Ultra. Atau Galaxy S30 dan Galaxy S30 Ultra, namanya masih belum ditetapkan.



  • Galaxy S21
  • Galaxy S21 Ultra

Apa yang menarik di Galaxy S21 kali ini adalah rekaan kamera belakang yang sedikit berbeza. Modul empat segi digunakan tetapi ia bergabung hingga ke sisi telefon. Modul kamera ini masih terbonjol dengan sudut bulat.

Dalam gambar ini, Galaxy S21 memiliki tiga kamera dengan LED flash terletak di luar modul. Manakala di Galaxy S21 Ultra, ada empat kamera dan LED Flash di dalam modul kamera.



  • Galaxy S21
  • Galaxy S21 Ultra

Galaxy S21 memiliki bingkai melengkung dengan ketebalan 7.9mm, atau 9.0mm bersama modul kamera. Skrinnya rata, berukuran 6.2-inci sahaja dengan lubang kecil untuk kamera hadapan.

Samsung Galaxy S21

Manakala di Galaxy S21 Ultra, ia menggunakan skrin melengkung dengan saiz di antara 6.7 – 6.9-inci. Kadar penyegaran 120Hz dijangka kekal untuk semua model.

Samsung Galaxy S21 Ultra

Banyak khabar sebelum ini menyatakan Samsung akan menyertakan S Pen bersama Galaxy S21 Ultra. Tetapi dari gambar ini, tidak ada ruang menyimpan S Pen kelihatan. Bagaimanapun, ia mungkin menyokong S Pen tetapi dijual secara berasingan.

Untuk melihat perbezaan antara Galaxy S21 dan Galaxy S21 Ultra, boleh lihat gambar di bawah ini.

Galaxy S21 Ultra (kiri) dan Galaxy S21 (kanan)

Nama untuk model flagship terbaru Samsung ini masih belum dimuktamadkan. Memandangkan mereka telah melangkau daripada Galaxy S10 kepada Galaxy S20, ia mungkin diteruskan menjadi Galaxy S30. Acara pelancaran model ini dikhabarkan akan dibuat lebih awal, seawal bulan Januari 2021.

Seperti biasa, Malaysia adalah pasaran utama Samsung dan pengguna di sini boleh menjangkakan tempahan awal dibuka sejurus pelancaran peringkat antarabangsa. Tetapi memandangkan harga Galaxy S20 dan Galaxy Note 20 tahun ini mencecah RM5,000, bersiap-sedialah untuk melihat tanda harga yang serupa atau lebih lagi bagi Galaxy S21 kelak.

Sumber: OnLeaks 1, OnLeaks 2

Tags: samsungSamsung Galaxy S21Samsung Galaxy S21 Ultra
Najib

Najib

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER