Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei Kirin 9000 yang kuasakan siri Mate 40 dilapor ada skor Antutu supertinggi

Huawei menjadualkan untuk perkenalkan siri Mate40 pada 22 Oktober 2020. Mendekati tarikh tersebut, semakin banyak maklumat terbocor ke arena online. Salah satunya adalah berkaitan SoC Kirin 9000 yang akan menguasakan keluarga Mate40.

Yang pertama adalah skor Antutu. Dalam pengkalan data aplikasi penanda aras terkenal itu, telefon dengan nombor model NOH-NX9 yang dipercayai Mate40 mencatatkan skor Antutu setinggi 693,605.

Ia 8% lebih tinggi daripada ROG Phone 3 yang mendahului carta dengan skor 642,671.

Yang kedua adalah skor Geekbench telefon yang sama. Menurut satu perkongsian di Twitter, Kirin 9000 mengandungi 24 teras GPU dan ia berikan skor kategori OpenCL setinggi 6,430.

Kalau pembacaan saya betul, dalam carta sekarang, OnePlus 8 Pro catatkan skor tertinggi setakat ini iaitu 3,134. Hal ini bermakna, prestasi GPU Kirin 9000 lebih dua kali lebih tinggi daripada Snapdragon 865.

Tapi perlu diingatkan, ini adalah maklumat tak rasmi. Kalau rasmi sekalipun, Snapdragon 865 bukanlah lawan sebenar Kirin 9000 kerana lawan sebenarnya ialah A14 Bionic dan Snapdragon 875 yang bakal tiba tak lama lagi.

Sumber, 2

BACA  Jam pintar bulat dan fon kepala ANC pertama Realme akan muncul di Malaysia