• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Y7a, telefon mampu milik dengan besar skrin, bateri dan storan

  • OLEH Najib
  • 3:21 pm
  • 20/10/2020
  • Komen
Huawei Y7a, telefon mampu milik dengan besar skrin, bateri dan storan
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia hari ini memperkenal satu model telefon pintar mampu milik dari siri-Y, dipanggil sebagai Huawei Y7a. Ia menampilkan skrin besar, bateri besar dan storan besar pada harga RM799 sahaja.

Telefon pintar Huawei Y7a akan mula dijual di Malaysia pada 30 Oktober 2020 dan boleh didapati di Stor Online Huawei serta Huawei Experience Store di seluruh Malaysia. Terdapat tiga warna disediakan iaitu hijau, emas dan hitam.



Huawei Y7a dikuasakan oleh pemproses Kirin 710A, bersama RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 512GB. Salah satu tarikan telefon ini ialah baterinya yang besar, 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 22.5W melalui USB-C.

Tarikan keduanya ialah skrin besar, jenis LCD berukuran 6.67-inci HD Penuh, berlubang kecil untuk kamera hadapan. Menariknya, ia menggunakan pengimbas capjari di sisi, digabungkan dengan butang kuasa.



Untuk kamera, ia dilengkapi 4 kamera belakang gabungan kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.4, kamera potret 2MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan pula 8MP F2.0 di dalam lubang di atas skrin.

Seperti telefon Huawei yang lain, Y7a tidak dilengkapi Google Mobile Services, jadi ia tiada perkhidmatan dan aplikasi Google. Huawei menyediakan stor aplikasi AppGallery untuk memuat turun pelbagai aplikasi. Telefon ini menjalankan sistem operasi EMUI 10 berasaskan Android 10.

Pembeli Huawei Y7a turut menerima akses percuma ke Huawei Academy di Huawei Video selama 20 hari, serta 15GB storan awan Huawei Cloud Storage selama 12 bulan juga percuma.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut, layari laman produk Huawei Y7a.

Tags: HuaweiHuawei Y7a
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Y7a, telefon mampu milik dengan besar skrin, bateri dan storan

Huawei Y7a, telefon mampu milik dengan besar skrin, bateri dan storan

20 October 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER