• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pocket 2, sekuel terbaik gimbal poket dari DJI

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:20 am
  • 21/10/2020
  • Komen
Pocket 2, sekuel terbaik gimbal poket dari DJI
Share on FacebookShare on Twitter

DJI sudah terbitkan sekuel kepada DJI Osmo Pocket iaitu DJI Pocket 2. Tatacara penamaannya berubah sedikit apabila mereka gugurkan frasa “Osmo” tapi kalau anda pergi ke laman rasmi produk, ia masih berada dalam keluarga Osmo.

Ia masih kekalkan fizikaliti berbanding yang asal tapi disebaliknya terdapat pelbagai naik taraf yang perlu anda tahu. Yang pertama adalah ia kini gunakan sensor pengimejan yang lebih besar, 1/1.7” berbanding 1/2.3”.



Sensor yang lebih besar memuatkan lebih banyak bintil piksel. Ia mengandungi resolusi 64MP. Sensor baru berikat keupayaan video baru. Ia boleh rekod sehingga 4K pada kadar 60fps ataupun slow-mo pada kadar 240fps pada resolusi 1080p pada bitrate setinggi 100Mbps.

Lagi di bahagian optik, DJI telah menggunakan lensa yang bersudut pandang lebih 16% lebih luas berbanding generasi sebelumnya. Kalau tak cukup, ada aksesori khas yang memperluas FOC jadi 110 darjah, setara dengan kamera aksi tanpa sebarang distortion pada imej.



Jadi ia kini lebih berupaya untuk bervlogging secara handheld.

Bercakap pasal aksesori, ada pelbagai produk yang boleh ditambat pada model ini. Tak menghairankan sebab lebih banyak aksesori maka, lebih banyak $$$. Paling menyedihkan, ciri Wi-Fi dan Bluetooth hanya ada jika anda gunakan Do-It-All Handle.

Padanya, bukan saja ada dua benda tu, tapi ada juga jek mikrofon 3.5mm. Tentang audio pula, ada 4 mikrofon bertebaran disekeliling badan kamera ini untuk rakam bunyi dengan lebih jelas. Jika tak cukup bagus, DJI Wireless Mic with Windscreen boleh bantu ada beroleh tahap audio yang lebih berkualiti.

Ia masih belum ada fungsi bateri boleh tanggal dan ia sangat diperlukan pada produk ini disembarking waktu pengecasan yang agak panjang (73 minit). Sekurang-kurangnya, berikanlah sistem pengecasan pantas 18W dan keatas.

DJI Pocket 2 Basic Combo
DJI Pocket 2 Creator Combo

DJI Pocket 2 dijual pada harga bermula USD349 untuk kit asas. Kombo yang berharga USD499 akan berikan anda adapter ultralebar, DO-It-All Handle, DJI Wireless Mic with WindScreen, dan tripod mini sebagai aksesori tambahan.

Buat masa ini, tiada maklumat rasmi tentnag ketibaannya ke Malaysia. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: djidji pocket 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pocket 2, sekuel terbaik gimbal poket dari DJI

Pocket 2, sekuel terbaik gimbal poket dari DJI

21 October 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN