• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

250 kotak OnePlus 8T Pop-Up edisi terhad ditawarkan pada 11.11 eksklusif di Lazada

  • OLEH Najib
  • 12:56 pm
  • 22/10/2020
  • Komen
250 kotak OnePlus 8T Pop-Up edisi terhad ditawarkan pada 11.11 eksklusif di Lazada
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus 8T hari ini tiba secara rasminya di Malaysia. Walaupun ia adalah versi naik taraf dari OnePlus 8 yang dilancarkan awal tahun ini, harganya diumumkan lebih rendah dari OnePlus 8. Lebih menarik lagi, OnePlus Malaysia menawarkan OnePlus 8T Pop-up Bundle edisi terhad untuk pasaran Malaysia.

Telefon pintar OnePlus 8T akan dijual di Malaysia bermula dari 28 Oktober 2020, pukul 12 tengah malam secara eksklusif di Lazada. OnePlus turut menawarkan penghantaran hari yang sama untuk lokasi terpilih. Untuk jualan di semua pengedar sah OnePlus, ia akan bermula pada 31 Oktober 2020.



Harga dan Varian

Terdapat dua warna yang mewakili dua varian OnePlus 8T akan dijual di Malaysia. Varian, warna dan harganya adalah seperti berikut:

  • OnePlus 8T Lunar Silver (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM 2,699
  • OnePlus 8T Aquamarine Green (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM 2,999

Harga ini lebih murah RM200 dari OnePlus 8 128GB dan RM300 dari OnePlus 8 256GB semasa dilancarkan.



OnePlus 8T Pop-Up Bundle

Tetapi tawaran yang lebih menarik adalah pada 11 November 2020. Sempena jualan 11.11, OnePlus akan menawarkan OnePlus 8T Pop-Up Bundle yang mengandungi OnePlus 8T 256GB, casing Bumper Quantum, dan OnePlus Buds (putih), pada harga RM2,999 sahaja. Ya, maknanya anda beli OnePlus 8T 256GB, dapat percuma casing dan OnePlus Buds.

Tetapi hanya 250 set OnePlus 8T Pop-Up Bundle ditawarkan pada hari tersebut. Jadi, anda kena jadi yang paling pantas membelinya. Jualan akan bermula pukul 12 tengah malam pada 11 November 2020, di Stor Rasmi OnePlus Lazada sahaja. Tandakan kalendar dan pasang peringatan di telefon anda, sejam sebelum jualan bermula agar anda tidak terlepas tawaran menarik ini.

Spesifikasi

Jika belum tahu, OnePlus 8T menerima naik taraf skrin, pengecas dan kamera berbanding OnePlus 8. Kuasa OnePlus 8T digerakkan oleh pemproses Snapdragon 865 5G, bersama RAM LPDDR4X sehingga 12GB, serta storan dalaman UFS3.1 sehingga 256GB.

Saiz skrinnya 6.55-inci dari jenis Fluid AMOLED, menerima naik taraf Ultra dengan kadar penyegaran setinggi 120Hz. Tenaganya disalurkan dari gabungan dua bateri 2,250mAh, menjadikan jumlah kapasiti kepada 4,500mAh. Ini membolehkan ia menyokong pengecasan pantas Warp Charge 65W, paling pantas di peranti OnePlus buat masa ini. Pengecas diberikan bersama di dalam kotak.

Kamera belakangnya ditambah menjadi 4. Ia gabungan kamera utama 48MP F1.75 dengan sensor Sony IM586, dilengkapi penstabil imej optikal dan elektronik (OIS+EIS). Diikuti kamera ultra lebar 16MP F2.2 serta kamera makro 5MP. Kamera baru di OnePlus 8T ialah kamera monokrom 2MP. Untuk kamera hadapan, ia kekal dengan kamera 16MP di dalam lubang di sudut atas skrin.

OnePlus 8T juga adalah telefon pintar OnePlus pertama yang siap datang dengan sistem operasi OxygenOS 11, berasaskan Android 11. Selain itu, ia turut memiliki speaker stereo Dolby Atmos, tetapi tiada jek audio 3.5mm, tidak kalis air dan tidak menyokong pengecasan wayarles.

Tags: OnePlusOnePlus 8T
Najib

Najib

POPULAR

250 kotak OnePlus 8T Pop-Up edisi terhad ditawarkan pada 11.11 eksklusif di Lazada

250 kotak OnePlus 8T Pop-Up edisi terhad ditawarkan pada 11.11 eksklusif di Lazada

22 October 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER