Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

[email protected] 2020: Berikut adalah kemas kini Acer ke atas laptop siri Swift, Spin, dan Aspire

Acara tahunan [email protected] telah berlangsung pada 21 Oktober 2020. Semestinya mereka memperkenalkan sejumlah produk dalam banyak kategori daripada pengguna biasa hinggalah ke professional. Berikut adalah kemas kini Acer ke atas laptop siri Swift, Spin, dan Aspire.

Acer Swift 3X

Keluarga ultrabook Acer kini dikuasakan CPU generasi ke-11 Intel Tiger Lake. Anda boleh pilih yang diperkasa varian i5-1135G7 ataupun i7-1165G7.

Bersama-sama CPU itu, anda akan terima GPU baharu yang dinamakan Xe MAX. Maka, anda boleh jangkakan prestasi yang tiada tolok bandingnya untuk laptop sekelas dengannya.

Daripada sudut fizikaliti, tak banyak perubahan boleh dicerap jika dibandingkan versi terdahulu. Paparannya menggunakan panel IPS sebesar 14”.

Anda boleh dapatka varian laptop yang ada RAM sehingga 16GB LPDDR4X bersama-sama Intel Optane 512GB ataupun sotran NVME sehingga 1TB. Ia kini memanfaatkan Wi-Fi 6 untuk berikan capaian Internet superpantas.

Port I/O yang anda temui pada kedua-dua sisi laptop ini adalah seperti berikut:

  • HDMI
  • 2 USB-A
  • 1 USB-C

Dalam badannya ada bateri berkapasiti 58.7Wh. Bergantung pada penggunaan, ia boleh berkhidmat selama 17.5 jam dan menyokong pengecasan pantas.

Acer Swift 3X akan dijual di pasaran terpilih pada harga bermula USD900 (RM3,733).

Acer Spin 5 & Spin 3

Jika anda perlukan laptop dengan paparan peka sentuh, anda boleh pertimbangkan siri Spin. Ini adalah keluarga laptop 2-in-1. Daripada sudut spesifikasi asas, ia mewarisi sebahagian besar komponen Acer Swift 3X kecuali pada bahagian panel paparan.

Spin 5 menggunakan panel 3:2 IPS pada resolusi 2K sebesar 13.5” manakala Spin 3 menggunakan paparan lebih tradisional iaitu 16:10 pada resolusi 1920 x 1200.

Pada badan laptop-laptop ini anda akan temui port USB-C yang sokong Thunderbolt 4, 2 USB-A, HDMI, dan dock untuk masukkan stailus.

BACA  Kapal selam China ini livestream selaman mereka menuruni Jurang Mariana

Bateri yang terkandung dalam Spin 5 boleh berikannya waktu operasi sehingga 15 jam lamanya, bergantung pada pola penggunaan.

Spin 5 ada tanda harga bermula USD1,000 (RM4,149) manakala Spin 3 ada tanda harga bermula USD850 (RM3,526).

Acer Aspire 5

Siri Aspire adalah laptop tradisional untuk orang yang perlukan sebuah mesin biasa. Ia diperkasa Intel Core generasi ke-11 dengan pilihan GPU Iris X ataupun GeForce MX350/MX450.

Ada pelbagai saiz paparan boleh anda perolehi daripada 14” hinggalah 17.3” tapi resolusinya adalah FHD merentasi saiz dan menggunakan paparan IPS.

Disebabkan ia sebuah laptop dengan formfactor konvesional, wang yang banyak boleh disalurkan pada komponen dalamannya.

Anda boleh dapatkan Acer Aspire 5 dengan RAM sehingga 24GB DDR4, storan sehingga 1TB SSD bersama-sama 2TB HDD. Untuk bersambung dengan Internet, anda ada Wi-Fi 6.

Acer Aspire 5 (2020) akan dijual pada harga bermula USD500 (RM2,074).