• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Fon kepala Oppo Enco W51 dengan ANC dan pengecas wayarles akan tiba ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:51 pm
  • 26/10/2020
  • Komen
Fon kepala Oppo Enco W51 dengan ANC dan pengecas wayarles akan tiba ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo memiliki beberapa model fon kepala TWS (True Wireless) untuk pasaran Malaysia. Tidak lama lagi, mereka mahu melancarkan satu lagi model, di mana ia dilengkapi penyaring hingar aktif (ANC) dan menyokong pengecasan wayarles.

Oppo telah memuat naik petunjuk bahawa mereka akan melancarkan fon kepala Enco W51 di Malaysia, tetapi tarikhnya tidak diterangkan dengan tepat. Spesifikasi penuh fon kepala ini boleh dirujuk dari laman web Oppo India, di mana ia telah dijual di sana.



Teknologi ANC di Oppo Enco W51 dicapai menggunakan enam mikrofon dan cip penyaring hingar digital dwi-teras terbina di dalamnya, untuk menghasilkan bunyi tanpa hingar bagi panggilan dan mendengar muzik.

Fon kepala ini boleh memainkan lagu sehingga 3.5 jam dengan ANC aktif dan 20 jam bersama bekas pengecas. Jika ANC dimatikan, ia boleh memainkan lagu sehingga 4 jam dan 24 jam bersama bekas pengecas. Menariknya, bekas pengecas ini turut menyokong pengecasan wayarles.



Dengan pengikitirafan kalis percikan air IP54, Enco W51 sesuai digunakan sewaktu aktiviti kecergasan atau di dalam hujan. Ia juga ada sensor pengesan. Jika fon kepala ini dicabut dari telinga, ia akan menghentikan lagu dan menyambung semula bila dipasang di telinga.

Selain itu, ia juga ada permukaan peka sentuhan untuk kawalan arahan. Sentuh sekali untuk menghentikan dan memainkan lagu, dan sentuh dua kali untuk melangkau lagu atau mengaktifkan ANC. Arahan ini boleh diubahsuai jika perlu.

Di India, Enco W51 dijual pada harga INR 4,999 (~RM281). Jika ia dijual di bawah RM300, ia boleh jadi fon kepala ANC paling murah di Malaysia. Fon kepala ANC lain yang hampir ialah Honor Magic EarBuds, berharga RM499 tetapi sering dijual dengan harga promosi RM399.

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut dari Oppo Malaysia tidak lama lagi. Tak sabar nak cuba teknologi ANC padanya bagus atau tidak, memandangkan harganya yang sangat murah.

Tags: oppoOppo Enco W51
Najib

Najib

POPULAR

Fon kepala Oppo Enco W51 dengan ANC dan pengecas wayarles akan tiba ke Malaysia

Fon kepala Oppo Enco W51 dengan ANC dan pengecas wayarles akan tiba ke Malaysia

26 October 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN