• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya dilanjutkan 14 hari sehingga 9 November

  • OLEH Najib
  • 8:27 pm
  • 26/10/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang dijadualkan berakhir pada 27 Oktober, dilanjutkan selama 14 hari lagi. Ini menjadikan tarikh tamatnya yang baru, kepada 9 November 2020.

PKPB DI SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA DILANJUTKAN BERMULA 27 OKTOBER SEHINGGA 9 NOVEMBER 2020@IsmailSabri60 @KKMPutrajaya @MINDEFMalaysia pic.twitter.com/CzZZ0zUQvH

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) October 26, 2020

Langkah ini diambil selepas melihat penularan wabak COVID-19 masih tidak berkurangan di tiga kawasan ini. Hari ini, Malaysia mencatat kes positif baru Covid-19 sebanyak 1,240, jumlah tertinggi pernah direkodkan di Malaysia selepas mencatat 1,228 kes baharu pada 24 Oktober. Ini adalah kali kedua Malaysia mencapai angka 4 digit.



Sepanjang PKPB berkuatkuasa, pergerakan merentas daerah dan negeri adalah tidak dibenarkan. Melainkan untuk tugasan rasmi. Bagi pekerja yang mahu ke pejabat atau lokasi lain, perlu menunjukkan surat kebenaran bekerja dari majikan jika mahu bergerak merentas daerah.

Selain itu, hanya dua orang dari rumah yang sama dibenarkan keluar untuk bekerja atau membeli barang. Bagi mereka yang berniaga dan perlu membawa lebih dari seorang penumpang, perlu mendapatkan kebenaran dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.



Anda boleh mendapatkan rumusan tentang perkara-perkara yang boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan sepanjang PKPB berkuatkyasa, menerusi artikel kami di bawah ini.

PKPB Lembah Klang: Ini Perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dilakukan dalam masa 14 hari akan datang

Sumber: MKN

Tags: COVID-19PKPB
Najib

Najib

POPULAR

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya dilanjutkan 14 hari sehingga 9 November

26 October 2020
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN