• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB Lembah Klang: Ini Perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dilakukan dalam masa 14 hari akan datang

  • OLEH Najib
  • 11:01 pm
  • 13/10/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Menjelang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dikuatkuasakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tengah malam ini sehingga 27 Oktober 2020, kerajaan telah mengeluarkan garis panduan untuk membantu penduduk dan peniaga di kawasan terlibat. Garis panduan ini sedikit berbeza dari PKPB yang tamat pada bulan Jun lepas.

Di sini adalah rumusan tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sewaktu PKPB dalam tempoh 14 hari akan datang.



Larangan Pergerakan

  1. Pergerakan merentas daerah dan negeri adalah tidak dibenarkan.

Jika anda mahu bergerak dari Petaling Jaya di Selangor ke Segambut di Kuala Lumpur, ia tidak dibenarkan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat sembilan daerah di negeri Selangor iaitu: Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, dan Hulu Selangor

Kuala Lumpur pula terdapat empat daerah: Cheras, Kepong, Titiwangsa, dan Lembah Pantai.



Putrajaya dikira sebagai satu daerah.

Daripada 76 kes baharu dilaporkan di Selangor hari ini, 45 adalah dari kluster-kluster sedia ada. Terdapat 1 kluster baharu iaitu Bah Kenangan (1 kes baharu).

Tiada kes dilaporkan di Kuala Selangor dan Sabak Bernam pada hari ini. Sabak Bernam kekal berada di zon hijau. pic.twitter.com/seTrCYndBu

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) October 13, 2020
  1. Hanya 2 orang dalam setiap rumah dibenarkan untuk keluar pada masa yang sama, untuk bekerja, membeli barangan keperluan atau barang runcit, dan atas sebab kecemasan.
  1. Pekerja yang perlu merentas daerah untuk bekerja bagaimanapun, perlu menunjukkan pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.
  1. Bagi yang mahu merentas daerah atau negeri atas sebab kecemasan atau kematian, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.
  1. Bagi yang mahu menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak PDRM.

Pendidikan dan Pusat Jagaan

  1. Semua institusi pendidikan seperti Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak-kanak, ditutup dalam tempoh ini.

Perniagaan Dibenarkan Beroperasi

  1. Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri, dibenarkan beroperasi. Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
  1. Makan di premis dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan. Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran atau bawa pulang.
  1. Untuk pasar basah, waktu dibenarkan operasi adalah:
  • Pasar harian – 6 pagi hingga 2 petang sahaja.
  • Pasar borong – 4 pagi hingga 2 petang sahaja.
  • Pasar tani – 6 pagi hingga 12.00 tengah hari.
  • Pasar malam – 4 petang hingga 10 malam.

Operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat dan pengawasan anggota RELA.

Stesyen Minyak dan Pengangkutan Awam

  1. Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6 pagi hingga 10 malam sahaja, kecuali Stesen Minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam.
  1. Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas Ekspres, LRT dan MRT dibenarkan beroperasi seperti biasa.
  1. Teksi dan e-hailing dibenarkan membawa 2 orang penumpang sahaja, manakala penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Pusat Perubatan Awam dan Swasta

  1. Waktu operasi untuk klinik dan hospital Kerajaan serta swasta, dibenarkan secara 24 jam seperti biasa.
  1. Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan pula, hanya dibenarkan beroperasi mulai 8 pagi hingga 11 malam.

Aktiviti Keagamaan

  1. Hanya 6 orang jemaah dibenarkan hadir di Masjid untuk azan dan mendirikan solat lima waktu, termasuk Imam. Rumah ibadat bukan Islam juga dibenarkan seramai 6 orang sahaja.

Aktiviti Sosial dan Sukan

  1. Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, taman permainan dalam bangunan dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.
  1. Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan luar yang tidak melebihi 10 orang, adalah DIBENARKAN. Tetapi aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.

Sumber: Malay Mail

Tags: COVID-19pkpPKPB
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026

PKPB Lembah Klang: Ini Perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dilakukan dalam masa 14 hari akan datang

13 October 2020
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN