• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Walaupun ada skrin terbesar, iPhone 12 masih ada bateri terkecil

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:50 am
  • 26/10/2020
  • Komen
iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max: Berbeza saiz skrin dan saiz kamera
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, kami ada laporkan yang keluarga iPhone 11 miliki kapasiti bateri antara yang terkecil dalam kelas flagship dan tahun ini kenyataan yang sama masih terpakai untuk keluarga iPhone 12.

Biarpun iPhone 12 Pro Max ada paparan paling besar dalam iPhone setakat ini, ia bukanlah miliki bateri terbesar, malah lebih kecil daripada iPhone 11 Pro Max. Melihat pada data, iPhone 12 Pro Max miliki bateri hampir 3% lebih kecil berbanding flagship 2019 mereka.



Mujurlah iPhone 12 mini ada bater melebihi 2,000mAh ataupun hampir 22% lebih besar berbanding iPhone SE (2020) yang ada 1,827mAh sahaja.

iPhone SE ada bateri kurang 2,000mAh

Di kem Android, ada flagship yang selesa berada di paras 6,000mAh malahan telefon macam Galaxy M51 berada jauh di paras 7,000mAh. Apple seperti biasa sangat percayakan pengoptimuman yang dilakukan terhadap perisian dan perkakasan mereka untuk berikan waktu penggunaan setanding Android.



Keluarga iPhone 12 kali ini dikuasakan cip A14 Bionic, cip 5nm pertama dalam industry yang katanya miliki kecekapan tenaga yang baik. Malahan, untuk generasi ini, semuanya menyokong sistem pengecasan wayarles sehingga 15W dan 20W jika gunakan kabel.

Sumber, 2

Tags: iphoneiphone 12
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max: Berbeza saiz skrin dan saiz kamera

Walaupun ada skrin terbesar, iPhone 12 masih ada bateri terkecil

26 October 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN