• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus Nord N10 diperkasa Snapdragon 690 dan ada 5G

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:20 pm
  • 27/10/2020
  • Komen
OnePlus Nord N10 diperkasa Snapdragon 690 dan ada 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Never Settle, OnePlus telah mengumumkan dua produk baru tanpa sebarang teaser. Dua telefon yang diperkenalkan ialah:

  • OnePlus Nord N10 5G
  • OnePlus Nord N100

Nord N10 5G miliki tanda harga EUR 350 (RM1714) ataupun EUR 50 lebih murah berbanding OnePlus Nord termurah. Nord N100 pula diberikan tanda harga EUR 200 (RM984).



Melihat pada penawaran ini, anda boleh jangkakan ia berada pada paras RM500 hingga RM1,500 jika ia masuki Malaysia kelak.

Ia tidak mengejutkan kerana OnePlus sudah lama tinggalkan gelanggan RM2,500 dengan OnePlus 7 kemudian mereka perkenalkan Nord untuk kembali ke segmen RM1,500 hingga RM2,500. Nord di Malaysia boleh didapati pada harga antara RM1,799 hingga RM2,399.



OnePlus Nord N10 5G

Telefon ini pernah muncul secara misteri dalam Geekbenck sebagai OnePlus BE2028 dalam bulan Julai 2020. Ketika itu ramai yang katakan ia adalah OnePlus Nord Lite.

OnePlus Nord ada edisi Lite, ia mungkin telefon 5G termurah daripada pengeluarnya

Nord N10 5G diperkasa cip pertama siri Snapdragon 600 yang ada modem 5G. Ia bergandingan dengan RAM 6GB serta storan 128GB yang boleh diperluas. Tangki baterinya seluas 4,300mAh dengan sistem pengecasan pantas 30W.

Bahagian mukanya ada skrin LCD 90Hz sebesar 6.49” dan pengimbas cap jari terletak di bahagian belakang.

Buat komponen optic, ia dilengkapi kuadkamera belakang yang ada kamera 64MP, 8MP (ultralebar), 2MP (makro), dan 2MP (bokeh). Selfie pula diambil menggunakan kamera 16MP.

View this post on Instagram

A post shared by OnePlus Nord (@oneplus.nord) on Oct 26, 2020 at 5:00am PDT

OnePlus Nord N10 5G ada speaker stereo tak seperti saudara yang lebih mahalnya. Mungkin ini adalah perkakasan Oppo A92 yang dinaik taraf.

OnePlus Nord N100

Saya sukakan produk OnePlus adalah kerana ia menjalankan sistem operasi bebas iklan. Kalau telefon ini masuki Malaysia pada harga kurang daripada RM1,000 ia tentu sekali saya akan sarankan pada orang-orang senior yang perlukan telefon sepeperti mak ayah saya.

Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 460, satu cip yang agak berusia terutamanya menjelang tahun 2021. Kemudian, RAM-nya Cuma 4GB dan storan 64GB. Namun, untuk kegunaan kasual, cukuplah.

View this post on Instagram

A post shared by OnePlus Nord (@oneplus.nord) on Oct 26, 2020 at 8:00am PDT

Bahagian muka, ia ada paparan HD+ sebesar 6.42”.

Memberi tenaga pada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Tags: OnePlusOnePlus Nordoneplus nord n10 5goneplus nord n100
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OnePlus Nord N10 diperkasa Snapdragon 690 dan ada 5G

OnePlus Nord N10 diperkasa Snapdragon 690 dan ada 5G

27 October 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER