Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

OnePlus Nord ada edisi Lite, ia mungkin telefon 5G termurah daripada pengeluarnya

Berita tentang OnePlus Nord, siri terbaru yang bakal dilancarkan minggu depan bukanlah perkara yang baru. Tapi, ada berita terkini tentang keluarga OnePlus Nord. Ada pengguna mengesan ada OnePlus Nord baharu yang tidak di-tease-kan oleh pengeluarnya.

OnePlus Nord yang asal miliki kod produk AC2003 tapi yang ditemui ialah BE2028. Menurut entri tersebut, kedua-dua produk itu tidak berkongsi SoC berdasarkan kelajuan CPU yang dinyatakan.

OnePlus Nord
OnePlus Nord misteri (sumber)

Menurut spekulasi, versi Lite ini diperkasa SoC Snapdragon 690 5G. Cip tersebut ialah SoC pertama siri 600 yang mendukung rangkaian 5G dan jika ia kuasakan OnePlus Nord ini, sudah tentu ia jadi yang pertama dunia.

Sudah menjadi lumrah OnePlus melancarkan produk dalam pasangan, contohnya OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro. Jadi tak mustahil dua produk ini masing-masing akan terima nama OnePlus Nord Pro dan OnePlus Nord.

OnePlus 8 (kiri) dan OnePlus 8 Pro (kanan)

OnePlus terbaharu yang boleh anda dapatkan di Malaysia ialah OnePlus 8 pada harga bermula RM2,899 menakala OnePlus 8 Pro pada RM3,699. Sudah tentu OnePlus ingin sasarkan satu produk bawah RM2,500 malahan bawah RM2,000 letakkan produk mereka dalam radar pengguna kebanyakkan.

Sudah tentu banyak komporomi perlu dilakukan. Antara yang boleh anda jangkakan ialah seperti penggunaan SoC bukan flagship, paparan LCD, keupayaan kamera yang diturun taraf serta penggunaan badan plastik.

BACA  OnePlus Nord lahir daripada tiga falsafah ini