Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

OnePlus Nord akan dilancarkan pada 21 Julai dan disahkan dijual di Malaysia

OnePlus Nord adalah peranti yang dikatakan membawa kembali OnePlus kepada semangat asal mereka, membuat telefon pintar mampu milik berkuasa tinggi. Bermula dengan slogan “The Flagship Killer“, model-model terbaru OnePlus semakin lama semakin mahal. Bagi OnePlus Nord, ia dijangka akan dijual di bawah USD500 (~RM2,137).

Berita baik untuk peminat OnePlus di Malaysia, OnePlus Nord akan turut dijual di Malaysia. Pengarah OnePlus Antarabangsa, Carl Pei memaklumkan bahawa OnePlus Nord akan datang ke Malaysia dan maklumat lanjut akan diberitahu kelak.

Di samping itu, OnePlus turut mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan OnePlus Nord pada 21 Julai 2020. Pelancarannya akan dibuat secara Augmented Reality (AR), dikatakan pertama seumpamanya di dunia. Jika berminat untuk menonton, ia boleh dilakukan menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

Setakat ini masih belum ada gambar rasmi OnePlus Nord yang dikongsikan. Bagaimanapun, OnePlus telah membuka tempahan awal OnePlus Nord di Eropah, yang menawarkan hadiah eksklusif untuk penempah. Tiga pusingan tempahan awal dibuka iaitu pada 1 Julai, 8 Julai dan 15 Julai.

Spesifikasi tentang telefon baru OnePlus ini juga masih belum diketahui. Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa ia akan dikuasakan cip Snapdragon 765G dengan sokongan 5G, serta skrin 6.55-inci 90Hz.

OnePlus One yang pertama, dijual di Malaysia pada harga dari RM1,299 dengan cip flagship Snapdragon 801. Ia menggegarkan dunia ketika itu kerana menawarkan prestasi tertinggi pada harga sangat rendah.

BACA  Bookmark halaman ini untuk beli OnePlus Nord di Malaysia

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OnePlus Nord di Malaysia, ikut laman rasminya di sini serta Instagram mereka di sini.