Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tempahan awal OnePlus Nord datang dengan cenderahati eksklusif

Selepas beberapa hari berteka-teki, OnePlus akhirnya mengumumkan bahawa peranti baharu mereka dengan harga lebih murah, akan dipanggil sebagai OnePlus Nord. Mereka juga telah membuka laman tempahan awal, walaupun masih belum berkongsi maklumat rasmi tentang telefon tersebut.

Tiada berita tentang spesifikasi, rupa atau harga, tetapi peminat boleh mula membuat tempahan awal untuk telefon pintar OnePlus Nord. Bagaimanapun, ia hanya terbuka untuk pembeli di Eropah sahaja di negara berikut:

Austria, Belgium, Bulgaria, Cyprus, Republik Czech=, Jerman, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Greece, Croatia, Hungary, Ireland, Itali, Lithuania, Luxembourg, Latvia, Malta, Belanda, Poland, Portugal, Romania, Slovenia, Slovakia, Sepanyol, Sweden, United Kingdom.

OnePlus menjanjikan hadiah eksklusif Nord untuk tempahan awal berupa produk gayahidup, pek pelekat dan hadiah misteri. Malah, ia juga akan datang dalam pembungkusan eksklusif. Dengan syarat, membayar wang pendahuluan EUR20.

Tetapi tak semudah itu untuk anda membuat tempahan awal. Ini kerana OnePlus menetapkan unit yang terhad untuk setiap pusingan tempahan. Jika anda ingat bagaimana OnePlus One dijual dahulu, ia tidak boleh dibeli secara terus, sebaliknya perlu mendapatkan kad jemputan. Ini dikatakan taktik pemasaran OnePlus untuk membuatkan orang ramai bercerita tanpa henti tentangnya.

Jualan unit terhad juga merupakan salah satu taktik yang biasa digunakan untuk meningkatkan pemasaran. OnePlus tidak menyatakan berapakah unit yang dijual dalam tempahan awal, tetapi mengadakan 3 pusingan.

Pusingan pertama telah tamat dengan jayanya pada 1 Julai lepas. Pusingan kedua akan diadakan pada 8 Julai dan pusingan ketiga pada 15 Julai. Semua tempahan awal ini perlu membayar wang pendahuluan EUR20 dan mereka akan menerima baucar EUR20 yang boleh digunakan untuk membuat pembelian OnePlus Nord kelak.

BACA  YouTube Kids 'After School' tayang lebih 100 filem percuma untuk kanak-kanak

Langkah OnePlus untuk mengadakan tempahan awal di Eropah sahaja dilihat sebagai cara jenama itu menonjolkan dirinya sebagai jenama premium. Walaupun ia sebenarnya memiliki hubungan rapat dengan Oppo, tetapi masyarakat sering pesimis terhadap jenama dari China.

Apakah anda berminat untuk membuat tempahan awal OnePlus Nord jika ia diadakan di Malaysia? Sanggupkah anda meletakkan wang untuk produk yang anda langsung tidak ketahui maklumat tentangnya? Jika mahu mendapatkan berita OnePlus Nord dengan pantas, ikut mereka di instagram @OnePlus.Nord