Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

OnePlus sahkan sedang bangunkan telefon murah

Tahukah anda yang kali terakhir harga telefon OnePlus kurang daripada RM2,000 ialah semasa OnePlus 3 tahun 2016? Sejak generasi tersebut, hampir semua iterasi OnePlus miliki harga lebih tinggi daripada sebelumnya. Produk terbaharu mereka OnePlus 8 Pro dijual pada harga bermula RM3,699.

Mungkin disebabkan baru tersedar yang mereka telah sangat jauh daripada falsafah, iaitu sebagai alternative flagship pada harga mampu milik, OnePlus kini mengesahkan yang mereka sedang merangka produk yang miliki harga lebih munasabah.

Pengesahan itu diberikan sendiri CEO Pete Lau dan dia turut mempromosikan satu halaman Instagram baru OnePlusLiteZThing. Nama akaun tersebut seperti melambangkan nama produk yang akan mereka lancarkan. Bukan itu saja, pengguna turut diberikan mesej rahsia berupa kod Morse yang apabila diterjemah, ia bermaksud Julai.

Tidaklah diketahui versi Lite OnePlus ini masih akan gunakan cip flagship seperti rawatan Apple pada iPhone SE 2020, ataupun sekadar menggunakan cip kelas pertengahan Snapdragon siri 700 untuk mencapai tanda harga mampu milik itu.

OnePlus 3 adalah telefon terakhir yang ada harga kurang RM2,000

Namun, daripada spekulasi pemerhati, telefon versi Lite ini miliki spesifikasi berikut:

  • Paparan Super AMOLED 90Hz
  • SoC Snadpragon 765 5G
  • RAM 6GB
  • Storan 128GB
  • Trikamera belakang 64MP + 16MP + 2MP.
  • Berharga kurang daripada RM2,000 apabila ditukar terus daripada Indian Rupee.

Anda boleh baca berita selanjutnya di forum OnePlus.

BACA  Jam pintar Oppo yang mirip Apple Watch akan datang ke Malaysia