• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengecualian caj RM1 mesin ATM MEPS diteruskan ke satu tarikh yang belum ditetapkan

  • OLEH Najib
  • 12:36 pm
  • 28/10/2020
  • Komen
Belum terima BPN? Daftar baharu atau buat rayuan sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Pengecualian caj RM1 di mesin ATM untuk pengguna bank yang berlainan sejak 6 April lepas, akan diteruskan sehingga ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika ditanya di dalam sidang harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beliau.

Tambahnya, sebarang keputusan sama ada sehingga bila ia akan diteruskan atau ditamatkan, bergantung kepada Kementerian Kewangan. Buat masa ini, pengecualian caj RM1 ini akan diteruskan. Ia dilaksanakan untuk mengelakkan orang ramai dari berkumpul di mesin ATM bank yang sama, dan membolehkan mesin ATM lain digunakan.



Caj RM1 di ATM dikenakan oleh bank apabila pengeluaran wang dibuat menggunakan kad ATM bank yang berlainan daripada mesin ATM bank tersebut. Contohnya, pemilik akaun CIMB yang memiliki kad ATM CIMB, sebelum ini dikenakan caj RM1 jika mengeluarkan wang di mesin ATM Maybank. Dengan pengecualian ini, pengguna boleh mengeluarkan wang di mana-mana mesin ATM bank tanpa risau dikenakan caj RM1.

Di samping itu, semua orang diingatkan untuk terus menjaga jarak sosial semasa berurusan di mesin ATM. Selain itu, orang ramai disaran untuk menggunakan perkhidmatan bank atas talian supaya tidak perlu keluar rumah dan mengurangkan kesesakan di bank.



Sumber: Berita Harian, Bernama

Tags: ATMbankCOVID-19PKPB
Najib

Najib

POPULAR

Belum terima BPN? Daftar baharu atau buat rayuan sekarang

Pengecualian caj RM1 mesin ATM MEPS diteruskan ke satu tarikh yang belum ditetapkan

28 October 2020
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN