Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Samsung Galaxy S30 bakal guna konfigurasi kamera macam Huawei Mate 40 Pro?

Samsung dijangka akan mengumumkan tarikh pelancaran pengganti Galaxy S20 Ultra tak lama lagi kerana usia siri Galaxy S20 bakal mencecah setahun pada Februari 2020 ini. Walau bagaimanapun, untuk Galaxy S30 kelak, ada satu lagi pemboleh ubah perlu dipertimbang iaitu COVID-19 sebab generasi sebelumnya diperknal sebelum COVID-19 diisytihar sebagai pandemik.

Namun, ia tidak menghalang maklumat-maklumat tentang flagship 2021 daripada mengalir keluar ke dalam arena Internet. Misalnya, ada render 3D yang didakwa sebagai Galaxy S30 Ultra boleh anda temui.

Sebagai perbandingan, Galaxy S20 Ultra sekarang menggunakan konfigurasi kuadkamera belakang dengan kamera:

  • 108MP kamera utama
  • 48MP periskop dengan 4x zum optikal
  • 12MP ultralebar
  • 3D ToF

Makanya, Galaxy S30 yang bakal tiba ini perlu sekurang-kurangnya sama ataupun lebih baik. Menurut imej render 3D yang dikongsikan, ia masih kekalkan DNA Galaxy S20 Ultra tapi nampak seperti bonjolan kamera lebih nipis. Ia mungkin mencadangkan yang bateri model kali ini lebih besar.

Mate 40 Pro+
P40 Pro+

Yang mencuri tumpuan adalah kemunculan lensa kelima pada komponen kamera belakang imej yang didakwa Galaxy S30 ini.Sekiranya 4 komponen kamera lain diwarisi daripada Galaxy S20 Ultra, penganalisis menjangkakan yang komponen kelima adalah satu lagi kamera telefoto.

Jika benarlah apa yang dikata, konfigurasi ini adalah sama seperti Mate 40 Pro+ sekarang. Bezanyya cumalah pada bilangan megapiksel yang terkandung dalam sensor mereka.

Sumber

BACA  Honor berpindah milik, adakah ia bakal beroleh akses GMS?