• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mesej padam sendiri sudah boleh digunakan di WhatsApp

  • OLEH Najib
  • 6:16 pm
  • 02/11/2020
  • Komen
Mesej padam sendiri sudah boleh digunakan di WhatsApp
Share on FacebookShare on Twitter

Mesej terpadam sendiri selepas dihantar? Perkara ini boleh dilakukan di WhatsApp sekarang. Tetapi penggunaannya masih sangat terhad, tidak sepantas mesej yang terbakar di dalam filem Mission Impossible.

Fungsi terbaru ini terdapat dalam kemaskini terbaru WhatsApp di Android, iPhone, KaiOS, Web dan Desktop. Tetapi jika anda tidak menerimanya, bersabarlah kerana ia sedang dikemaskini secara berperingkat.



Untuk mengaktifkannya, anda perlu pergi ke kenalan atau group yang mahu ditetapkan. Untuk group, hanya Admin yang boleh mengaktifkan fungsi ini. Kemudian, tekan pada profil mereka yang terletak di atas chat dan pilih “Disappearing Messages“.

Ia akan menunjukkan dan menerangkan tentang fungsi “Disappearing Messages“. Mesej ini akan hilang selepas 7 hari dihantar jika fungsi diaktifkan. Peringatan turut diberikan di mana mesej yang terpadam sendiri masih boleh disimpan, jika penerima menghantar ke orang lain atau menangkap layar perbualan. Pilih On untuk mengaktifkannya.



Ruangan soalan lazim (FAQ) WhatsApp menerangkan lebih lanjut berkenaan fungsi “Disappearing Messages“. Antaranya, mesej akan terpadam selepas 7-hari walaupun penerima tidak membuka langsung WhatsApp. Tetapi ia mungkin masih terpapar di ruang notifikasi.

Mesej yang di’forward’ kepada pengguna yang tidak diaktifkan “Disappearing Message“, tidak akan terpadam secara automatik selepas 7-hari. Media seperti gambar dan video pula, akan turut terpadam di chat selepas 7-hari, tetapi ia akan tersimpan di dalam folder Media WhatsApp jika fungsi “Auto-download Media” aktif.

Adakah ini fungsi yang sudah lama anda nantikan?

Sumber: WABetaInfo

Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Mesej padam sendiri sudah boleh digunakan di WhatsApp

Mesej padam sendiri sudah boleh digunakan di WhatsApp

2 November 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER