• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung dan saintis di Universiti Stanford bangunkan panel OLED 10,000 PPI

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:16 am
  • 02/11/2020
  • Komen
Samsung dan saintis di Universiti Stanford bangunkan panel OLED 10,000 PPI
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu sebab kenapa saya tak gemari gogal VR adalah kepadatan piksel yang rendah. Apabila melihat menerusi perkakasan VR, kotak setiap piksel boleh dilihat dan ia hasilkan fenomena yang digelar Screen Door Effect (SDE) kerana ruang antara piksel tidak dilimpahi cahaya.

Kesan screen door effect macam anda lihat keluar menerusi jaring penghalang nyamuk – sumber

Namun, usaha sama antara saintis di Universiti Stanford dan Samsung mungkin telah menemui penyelesaiannya apabila mereka telah bangunkan panel OLED yang katanya ada kepadatan piksel setinggi 10,000 piksel untuk setiap inci paparan. Sebagai perbandingan, Oculus Rift S miliki kepadatan sekitar 600 PPI.



Cabaran yang perlu dirungkaikan dalam menyumbat lebih banyak piksel dalam panel paparan adalah daripada sudut fizikaliti teknologi OLED itu sendiri. Dalam panel kovesional, terdapat subpiksel merah, hijau, dan biru duduk bersebelahan antara satu sama lain untuk membentuk satu piksel penuh. Nyalaan subpiksel mengikut kecerahan tertentu akan berikan warna akhir seperti yang kita lihat sekarang.

Ilustrasi binaan panel 10k PPI hasilan Samsung dan Stanford

Yang dibangunkan saintis University Stanford dan Samsung adalah subpiksel yang lebih kecil dalam daripada bahan telap cahaya. Mereka memanipulasikan prinsip pembiasan cahaya untuk hasilkan cahaya subpiksel kerana mereka ketahui yang setiap warna miliki panjang gelombang yang tertentu.



Selain berjaya memadatkan sehingga 10,000 piksel, manfaat lain panel yang mereka hasilkan ini adalah warna yang lebih terang dan nyata. Mereka tidak pula bercerita tentang refresh rate yang mampu ditampung panel ini.

Buat masa ini, teknologi ini masih dalam fasa pembangunan dan janglah mengjangkakan ia menembusi pasaran dalam masa terdekat.

Sumber

Tags: samsungvr
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung dan saintis di Universiti Stanford bangunkan panel OLED 10,000 PPI

Samsung dan saintis di Universiti Stanford bangunkan panel OLED 10,000 PPI

2 November 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN