• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Yoodo menawarkan pelan tanpa had baharu yang boleh diubah suai bila-bila masa

  • OLEH Penaja
  • 5:06 pm
  • 02/11/2020
  • Komen
Yoodo menawarkan pelan tanpa had baharu yang boleh diubah suai bila-bila masa
Share on FacebookShare on Twitter

(Artikel ini dibawakan oleh Yoodo)

Internet mudah alih semakin lama semakin penting. Umum mengetahui, penggunaan data semakin meningkat seiring dengan peningkatan pembelian dalam talian, strim video dalam perjalanan dan permainan video di peranti mudah alih.

Anda tidak perlu lagi pening memikirkan kuota yang diperlukan atau pelan yang paling sesuai, kerana di Yoodo, terdapat pelbagai pilihan pelan tanpa had dan ia bermula dari serendah RM35/bulan.

Yoodo adalah penyedia perkhidmatan telekomunikasi 100% digital yang dikuasakan oleh rangkaian 4G LTE Celcom terluas di Malaysia. Kini, Yoodo menawarkan pelan tanpa had yang boleh diubah suai!

Pelan Unlimited Bajet – RM35/bulan

Pelan ini boleh dilanggan dari serendah RM35/bulan di mana anda mendapat data tanpa had berkelajuan 3Mbps, 2GB data hotspot dan 50 minit panggilan. Anda juga menerima 20GB data kelajuan tinggi untuk PUBG Mobile untuk pengalaman bermain game sepenuhnya.

Pelan Unlimited Atas – RM 43/bulan

Jika memerlukan internet lebih laju, anda boleh melanggan pelan Unlimited Atas dari RM43/bulan. Dengan pelan ini, anda akan menerima data tanpa had 6Mbps, 50 minit panggilan dan 2GB data hotspot. Anda juga turut menerima 20GB data kelajuan tinggi untuk PUBG Mobile.

Walaupun kini terdapat bermacam-macam pelan tanpa had di pasaran, namun pelan tanpa had Yoodo menawarkan kelebihan yang tidak boleh didapati di pelan tanpa had yang lain. Di samping data tanpa had, anda juga boleh ubah suai kuota hotspot, panggilan dan SMS sesuka hati! Hanya bayar untuk apa yang diperlukan sahaja.

Harus bekerja sewaktu dalam perjalanan? Tambahkan kuota hotspot ke 5GB dengan RM10 sahaja! Perlukan minit panggilan yang lebih? Membawanglah tak berhenti dengan minit panggilan sebanyak 2,000 serendah RM12 tambahan sahaja. Pilih sahaja apa yang anda perlukan apabila anda #BuatUnlimitedSendiri.

Tidak puas dengan pelan-pelan asas? Tambahlah add-on mengikut keperluan sendiri. Suka bermain game? Dapatkan 20GB data kelajuan tinggi untuk game seperti COD Mobile, Mobile Legends: Bang Bang ataupun Arena of Valor serendah RM5 sebulan. Ingin menonton video? Dapatkan add-on Netflix, TikTok ataupun VIU serendah RM10 sebulan sahaja.

Perlukan data kelajuan tinggi dengan serta-merta? Dapatkan Power Pass Yoodo serendah RM2 sahaja dan nikmati 100GB data kelajuan tinggi sepanjang 1 jam, atau dapatkan Power Pass terbaru serendah RM5 untuk nikmati 100GB sepanjang 3 jam! Lagi hebat, Power Pass ini boleh digunakan sebagai hotspot dan ia tidak akan memakan kuota hotspot anda yang sedia ada.

Lebih suka mengubah suai pelan kelajuan tinggi sendiri?

Jangan risau jika anda tidak memerlukan data tanpa had – anda boleh juga mengubah suai pelan berkelajuan tinggi di Yoodo. Hanya pilih jumlah data, minit panggilan dan SMS yang diperlukan sahaja untuk setiap bulan. Yoodo mempunyai lebih daripada 350,000 kombinasi pelan yang anda boleh pilih! Tambahan pula, pelan ini boleh ditukar bila-bila anda mahu. Tiada kontrak dan tiada caj tersembunyi.

Jika berminat, anda boleh memesan kad SIM Yoodo secara percuma dengan memuat turun Aplikasi Yoodo di Google Playstore, Apple App Store, dan HUAWEI App Gallery. Sekiranya anda di Lembah Klang ataupun Pulau Pinang dan memerlukan kad SIM Yoodo dengan segera, anda boleh dapatkan SIM anda dalam 2 jam atau pada hari esok dengan penghantaran ekspres dari serendah RM5 sahaja. Kalau mahukan ia dengan lebih cepat, bolehlah melawat mana-mana cawangan 99 Speedmart untuk terus membeli pek SIM Yoodo pada harga RM2 sahaja.

Untuk pengguna Yoodo sedia ada, ajaklah kawan-kawan anda untuk menggunakan Yoodo dan berikan mereka kod ajakan anda. Anda akan terima RM20 di wallet Yoodo dan rakan anda pula terima 7GB data percuma. Berbaloi kan?

Untuk maklumat lanjut, layari laman www.yoodo.com.my.

Tags: penajayoodo
Penaja

Penaja

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
Yoodo menawarkan pelan tanpa had baharu yang boleh diubah suai bila-bila masa

Yoodo menawarkan pelan tanpa had baharu yang boleh diubah suai bila-bila masa

2 November 2020
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER