• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jadikan gambar haiwan peliharaan dan makanan anda peluang menang telefon Samsung

  • OLEH Najib
  • 12:50 pm
  • 04/11/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Anda yang memiliki haiwan peliharaan, pasti anda suka mengambil gambar haiwan anda. Kini anda boleh jadikannya sebagai peluang untuk memenangi telefon pintar Samsung menerusi peraduan #GalaxyAwesome: Ready. Steady. Snap!

Samsung Malaysia kini sedang menjalankan peraduan ini dari 1-28 November 2020. Ia dipecahkan kepada dua kategori, haiwan peliharaan dan makanan. Kategori haiwan peliharaan berjalan dari 1-14 November, manakala kategori makanan dari 15-28 November 2020.



Apa yang perlu dilakukan adalah

  • Langkah 1: Ikuti Samsung Malaysia di Instagram @SamsungMalaysia
  • Langkah 2: Ambil gambar kreatif si comel anda dari dekat
  • Langkah 3: Muat naik gambar tersebut di Instagram Feed bersama tanda pagar #GalaxyAwesome, #AwesomePawesome (Kategori 1) atau #AwesomelyYummy (Kategori 2) dan tag @SamsungMalaysia dengan dua member anda untuk ikuti Samsung Malaysia
  • Langkah 4: Pastikan profil anda ditetapkan ke ‘public’

Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik Samsung Malaysia, berdasarkan kreativiti dan keaslian gambar. Samsung menyediakan 3 hadiah untuk setiap kategori, menjadikan jumlah hadiah kepada 6 unit. Hadiah tersebut ialah:



  • Hadiah Pertama – 2 unit Galaxy A31 bernilai RM999
  • Hadiah Kedua – 2 unit Galaxy A21s bernilai RM899
  • Hadiah Ketiga – 2 unit Galaxy A11 bernilai RM529

Samsung tidak menetapkan model telefon yang boleh menyertai pertandingan ini, bermakna telefon bukan Samsung juga boleh menghantar penyertaan. Tiada had penyertaan juga, jadi anda boleh hantar sebanyak mungkin gambar kreatif.

Bagi mendapatkan inspirasi dan idea, anda boleh saksikan gambar yang ditangkap menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy A31 dan Galaxy A51 di bawah.

  • Ditangkap Haziq Saparudin (Galaxy A51)
  • Ditangkap Baharuddin (Galaxy A51)
  • Ditangkap Tian Chad (Galaxy A51)

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan #GalaxyAwesome, sila layari: www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-awesome

Tags: samsung
Najib

Najib

POPULAR

Jadikan gambar haiwan peliharaan dan makanan anda peluang menang telefon Samsung

4 November 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN