• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pakej Pelajar yang ditawarkan Telco pupuk budaya Tik Tok?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:40 am
  • 05/11/2020
  • Komen
Pakej Pelajar yang ditawarkan Telco pupuk budaya Tik Tok?
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu utusan di Facebook berkongsikan Pakej Pelan Data yang ditawarkan oleh telco hasil kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

Kerjasama apakah yang dimaksudkan tidaklah diketahui sebab kebanyakkan pelan telco cumalah produk kitar semula daripad ayang sedia ada. Lebih menyedihkan, produk yang ditawarkan seperti ingin memupuk pelajar untuk ber-Tik Tok berikutan data Hotspot yang ditawarkan amatlah terhad.



Adakah mereka mahu pelajar lakukan tugasan menggunakan telefon pintar? Berikut adalah 5 tawaran pakej “pelajar” yang dikongsikan KPT.

Celcom

Pelan RM35 sudahpun diumumkan dalam bulan Jun 2020 yang lalu.



Xpax pun ada pelan internet tanpa had dari RM35 sebulan?

Melaluinya, memang anda beroleh data tanpa had tapi kelajuannya dihadkan kepada 3Mbps. Kemudian data hotspot yang anda boleh dapatkan adalah 3GB tapi ada Ultra Hour Pass yang boleh anda gunakan untuk quota tambahan.

Ini adalah pelan prabayar.

Digi

Ada 3 pakej Digi sediakan. Tapi hanya satu saja pakej prabayar. Kalau boleh, saya sedaya upaya untuk elakkan pascabayar kerana tak ingin terikat dengan komitmen walaupun ia ditawarkan tanpa kontrak.

Pakej 1 dan Pakej 2 adalah pascabayar. Mereka beroleh kuota yang sama 35GB/bulan dan boleh hotspot boleh dilakukan. Beza antara mereka adalah Pakej 1 sediakan seunit modem 4G pada harga RM99 tapi anda terikat 6 bulan dalam kontrak dan saya rasakan ia munasabah berbanding kontrak 24 bulan.

Kalau ikutkan gambar dalam iklan, ia adalah modem TP Link M7350 yang berharga RM229 di Ookas Shopee.

Pakej 3 adalah talian prabayar tanpa had ke semua rangkaian pada harga RM35/bulan. Bersama-samanya anda beroleh 40GB kuota yang boleh di-hotspot.

Saya rasakan ini adalah tawaran paling berbaloi dalam utusan Facebook KPT ini.

Hotlink

Ini adalah pakej paling tak berbaloi. Sudahlah ia dalam bentuk postpaid mujurlah boleh hotspot selagi kuota ada.

Sepatutnya Hotlink mengetengahkan pelan Hotlink Prepaid Unlimited RM35 dan dengan tambahan RM5, anda beroleh kuota hotspot tanpa had sepantas 3Mbps untuk jadikan komitment bulanan anda RM40/bulan.

Nak pakej 6Mbps, anda boleh langgan pelan RM45 dan tambah RM5 untuk pas hotspot tanpa had.

Tapi anda perlu ketahui yang FUP untuk kelajuan tidak dinyatakan secara jelas. Contohnya, pelan RM35 berikan data kelajuan pantas sebanyak 50GB saja, lepas itu kelajuan akan diperlahankan.

Pengguna Hotlink Unlimited rasa tertipu kerana pelan ini sebenarnya ada had kuota

Unifi Bebas Prabayar & Pascabayar

Unifi mengetengahkan pelan Bebas mereka dalam bentuk prabayar dan pascabayar. Untuk pelan prabayar, mereka sarankan anda langgan pas Bebas2enjoy.

Anda ada dua pilihan, sama ada pas RM12/minggu ataupun RM35/bulan. Menurut FAQ Unifi, anda boleh lakukan hotspot tanpa sebarang bayaran tambahan.

Untuk Unifi Bebas pascabayar, Unifi menawarkan pelan RM59/bulan tanpa kontrak. Tapi perlu anda ingat yang produk pascabayar ada SST sebanyak 6%. Makanya, komitment bulanan anda akan jadi RM62.54/bulan.

Masalahnya pelan ini adalah anda Cuma dapat kuota hotspot 10GB LTE sebulan. Itulah masalah besar Unifi sebab data tanpa had hanya ada sekiranya telefon anda bersambung dengan LTE.

Unifi ini ok sedikit daripada Yes 4G sebab ia masih ada 3G untuk terus berhubung berbanding Yes 4G yang “4G atau GG”.

Tags: digihotlinkKPTtelcoUnifixpax
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pakej Pelajar yang ditawarkan Telco pupuk budaya Tik Tok?

Pakej Pelajar yang ditawarkan Telco pupuk budaya Tik Tok?

5 November 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER