• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Belanjawan 2021 dibentang hari ini, tontonnya di sini

  • OLEH Najib
  • 2:09 pm
  • 06/11/2020
  • Komen
Belanjawan 2021 dibentang hari ini, tontonnya di sini
Share on FacebookShare on Twitter

Belanjawan 2021 akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz di parlimen petang ini. Kerajaan Perikatan Nasional dilaporkan akan menyediakan perbelanjaan lebih besar dari belanjawan tahun lepas, untuk merangsang semula ekonomi negara.

Pembentangan belanjawan ini akan bermula pukul 4 petang ini. Orang ramai boleh menonton pembentangan ini secara langsung, menerusi RTM atau laman web Kementerian Kewangan. Untuk dalam talian, ia boleh ditonton secara strim di laman web MyKlik RTM.



Maklumat penuh berkenaan pembentangan belanjawan ini, akan dimuat naik di laman web Kementerian Kewangan selepas selesai pembentangan di parlimen dibuat.

Dalam kenyataan minggu lepas, Menteri Kewangan menerangkan bahawa Malaysia mensasarkan untuk meningkatkan perbelanjaan bagi mencipta lebih banyak perniagaan dan merangsang semula ekonomi negara. Apabila ditanya jika ada pengurangan perbelanjaan untuk projek pembangunan, beliau menajawab bahawa kerajaan akan berbelanja lebih untuk projek pembangunan tahun hadapan sambil menjimatkan kos operasi. Belanjawan 2021 adalah belanjawan pengembangan dan projek pembangunan boleh mencipta peluang kerja dan limpahan ekonomi.



Beberapa pihak dari kerajaan dan pembangkang telah meminta kerajaan untuk melanjutkan moratorium kerana individu dan perniagaan masih berusaha mengatasi impak COVID-19. Ada yang mencadangkan agar moratorium dilanjutkan lagi sehingga Jun 2021.

Tahun lepas, Belanjawan 2020 oleh kerajaan Pakatan harapan memperuntukkan sejumlah RM297 bilion. Ia merangkumi RM241 bilion perbelanjaan operasi dan RM56 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Antara perkara penting diumumkan tahun lepas adalah cukai perkhidmatan digital dan RM30 eTunai Rakyat. Program subsidi petrol turut diumumkan tetapi tidak dilaksanakan.

[Sumber: Kementerian Kewangan]

Tags: Belanjawan 2021Tengku Zafrul
Najib

Najib

POPULAR

Belanjawan 2021 dibentang hari ini, tontonnya di sini

Belanjawan 2021 dibentang hari ini, tontonnya di sini

6 November 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN