• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A51 diganda storan tapi harga masih sama

  • OLEH Najib
  • 12:30 pm
  • 06/11/2020
  • Komen
Samsung Galaxy A51 diganda storan tapi harga masih sama
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa Galaxy A51 dilancarkan awal tahun ini, ia hanya ada RAM 6GB dan storan 128GB. Pada bulan Mei, Samsung memperkenal varian dengan RAM 8GB tetapi storan masih sama. Hari ini Samsung Malaysia mengumumkan storan lebih besar untuk Galaxy A51, tetapi harga masih kekal sama.

Samsung Galaxy A51 kini datang dengan RAM 8GB dan storan 256GB pada harga RM1,399. Ia boleh didapati bermula hari ini, 6 November 2020 di semua stor Samsung. Telefon ini juga menerima kad mikroSD sehingga 512GB untuk storan tambahan.



Terdapat satu warna eksklusif terdapat untuk varian terbaru ini. Dua warna masih sama iaitu Prism Crush Black dan Prism Crush Blue. Warna baru untuk Galaxy A51 kali ini ialah Haze Crush Silver.

Samsung Galaxy A51 memiliki skrin 6.5-inci HD Penuh Infinity-O dari jenis Super AMOLED, bersama pengimbas capjari di dalam skrin. Kuasanya digerakkan oleh pemproses Exynos 9611.



Empat kamera di belakangnya adalah gandingan kamera utama 48MP F2.0, kamera ultra lebar 12MP F2.2, kamera pengesan kedalaman 5MP F2.2 dan kamera makro 5MP F2.4. Kamera hadapannya pula 32MP, terletak di dalam lubang di atas skrin.

Bateri di dalam Galaxy A51 sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C. Speaker telefon ini hanyalah mono tetapi ia memiliki jek audio 3.5mm. Dengan adanya NFC, ia turut menyokong perkhidmatan Samsung Pay.

Tags: samsung
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy A51 diganda storan tapi harga masih sama

Samsung Galaxy A51 diganda storan tapi harga masih sama

6 November 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN