• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp ada cara mudah buang gambar dan video dari storan telefon

  • OLEH Najib
  • 3:54 pm
  • 09/11/2020
  • Komen
WhatsApp ada cara mudah buang gambar dan video dari storan telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia suka menggunakan WhatsApp untuk berkongsi gambar dan video, sehingga ia memakan ruang yang sangat besar di dalam telefon. Agak sukar untuk memilih gambar dan video yang mahu dibuang, tetapi kemaskini terbaru WhatsApp menjadikannya lebih mudah.

WhatsApp kini menambah pengurusan storan atau “Storage Management” di dalam aplikasi. Ia boleh ditemui di dalam “Settings > Storage and data > Manage storage“.



Tetapan pengurusan storan ini menyusun semua gambar dan video ke dalam kategori, antaranya terlalu banyak kali di’forward’, saiz lebih besar dari 5MB, serta paling penting mengikut chat. Katakan anda ada satu kumpulan yang suka hantar gambar kata pujangga setiap hari dan tidak mahu menyimpannya, pilih chat tersebut dan delete semua gambarnya dengan mudah.

Apa yang menjadikan tetapan ini senang digunakan adalah ia menunjukkan thumbnail gambar dan video. Jadi mudah membuat pilihan untuk dibuang. Ditambah lagi dengan susunannya yang mudah dicari sama ada mengikut saiz atau masa.



Jika anda masih belum dapat melihat tetapan ini, jangan risau kerana ia sedang dikemaskini secara berperingkat. Baru-baru ini, WhatsApp juga telah memperkenalkan fungsi mesej padam sendiri, di mana pengguna boleh menghantar mesej yang terpadam sendiri selepas 7 hari.

[Sumber: The Verge, WhatsApp]

Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

WhatsApp ada cara mudah buang gambar dan video dari storan telefon

WhatsApp ada cara mudah buang gambar dan video dari storan telefon

9 November 2020
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN