Shopback, platform ganjaran beli-belah dalam talian mendapati rakyat Malaysia berbelanja lebih banyak semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding sebelumnya. Penemuan ini di dapati menerusi Tinjauan Pembeli ShopBack 2020.
Sebanyak 22,865 pengguna ShopBack menyertai tinjauan ini, di mana 90% dari mereka berusia antara 18-40 tahun, 9% melebihi 40 tahun dan 1% di bawah 18 tahun. Peserta tinjauan ini juga terdiri dari 62% perempuan dan 38% lelaki, dengan lebih separuh dari mereka tinggal di Selangor atau Kuala Lumpur (49%).
Pengurus Besar ShopBack Malaysia, Eddy Han berkata, “Pelaksanaan PKP telah mempercepatkan penggunaan e-dagang. Rakyat Malaysia semakin banyak mencari barangan dalam talian kerana kemudahan, dan kami memutuskan untuk melakukan Tinjauan Pembeli ShopBack 2020 untuk mengumpulkan data dan pandangan tentang bagaimana pengguna kami berbelanja, apa yang mereka beli, dan apa yang mereka harapkan akan dibeli semasa 11.11. Tinjauan ini penting bagi kita memahami pilihan pengguna yang sentiasa berubah, untuk terus memenuhi kehendak mereka dan membuat persiapan yang bermakna untuk jualan kami yang akan datang.”
“Tahun demi tahun, ShopBack telah berkembang dari model cashback (pengembalian tunai) kepada portal pra-membeli-belah yang membantu pembeli membuat keputusan pembelian dengan lebih baik. Untuk terus maju, kami terus mencipta fungsi baharu untuk meningkatkan pengalaman pengguna, membantu mereka mencari tawaran terbaik di internet, dan menjadikan pembelian mereka lebih berbaloi dengan penjimatan lebih banyak dan tawaran tepat pada masanya,” tambah Eddy.
Antara faktor utama mempengaruhi pembelian dalam talian adalah penghantaran percuma, diikuti cashback kemudiannya diskaun penjual. Selain itu, pembeli juga dipengaruhi dengan kod baucar dan bonus cashback atau jualan kilat dalam talian.
Kategori paling banyak dibeli dalam talian
Dalam tinjauan ini, responden menyatakan tiga barangan yang paling banyak dibeli dalam talian sebelum PKP adalah fesyen, kecantikan dan elektronik. Selepas PKP pula, produk kecantikan dan kebersihan, mengambil alih tempat elektronik sebagai barang ketiga terbanyak dibeli dalam talian. Keutamaan ini akan kekal semasa kempen 11.11 akan datang.
Apabila melihat dari kategori umur, mereka yang berusia 24 tahun ke bawah memilih fesyen sebagai pilihan tertinggi. Manakala mereka yang berusia 54 tahun ke atas, menjadikan produk kebersihan diri dan kesihatan sebagai keutamaan.
Tinjauan juga mendapati, lebih dari 1/4 responden menyatakan perbelanjaan mereka meningkat lebih sekali ganda sejak PKP bermula. Mereka merancang untuk berbelanja jumlah yang sama semasa jualan 11.11.
Dari segi pecahan, 26% ingin berbelanja sekitar RM201-400, 11% mahu berbelanja RM401-RM600, 4% RM601-RM800, 3% RM801-RM1,000 dan 6% akan berbelanja lebih dari RM1,000. Sebanyak 44% responden mahu membelanjakan kurang dari RM200 dan 6% tidak mahu berbelanja langsung.
Majoriti pembeli dalam talian dengan bajet RM200 ke atas, tergolong dalam kategori pendapatan pertengahan ke tinggi. Selain kategori fesyen, kecantikan, kebersihan diri dan kesihatan, mereka juga berminat untuk membeli produk dari kategori barangan rumah, barangan dapur, barangan runcit, komputer dan permainan, serta elektronik.
Untuk jualan 11.11 yang akan datang, ShopBack Malaysia bekerjasama rapat dengan jenama popular seperti iHerb, Pomelo, Sephora, Shopee, Watsons, ZALORA, dan banyak lagi, bagi memberi ganjaran terbaik untuk pembeli. Orang ramai boleh menjangkakan cashbcak sehingga 30% apabila menggunakan ShopBack di aplikasi atau laman web, semasa membuat pembelian dalam talian di jenama yang menyertai. Nantikan juga diskaun tambahan menerusi kod baucar eksklusif, jualan kilat, permainan dan cabaran ShopBack Challenges.
ShopBack kini memiliki lebih 3 juta pengguna di Malaysia, dengan lebih 500 peniaga dan jenama dalam talian sebagai rakan niaga. Antaranya Agoda, Booking.com, Foodpanda, Shopee, Taobao, ZALORA dan banyak lagi, menyediakan cashback sehingga 30% semasa memblei-belah.
Lebih RM60 juta cashback telah diberikan kepada pengguna ShopBack di Malaysia. Jika belum menyertai dan mahu mengenali ShopBack, layari laman web www.shopback.my untuk maklumat lanjut.