• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemohonan baharu BPR sebelum Januari 2021, bayaran pertama sebelum Hari Raya 2021

  • OLEH Najib
  • 12:29 pm
  • 10/11/2020
  • Komen
Prihatin PKS: Majikan boleh mohon subsidi upah mulai 9 April di atas talian
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu pengumuman Menteri Kewangan di dalam Belanjawan 2021 adalah penukaran program Bantuan Sara Hidup (BSH), kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Bantuan tunai baru ini disasarkan kepada kategori pendapatan dan usia lebih meluas dari BSH.

Sehubungan itu, pendaftaran baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021. Perkara ini dijelaskan oleh Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican. Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR.



Johan berkata, bayaran BPR akan dibuat dua kali dengan yang pertama sebelum Hari Raya 2021.

BPR, dengan peruntukan RM6.5 bilion akan memanfaatkan 8.1 juta orang berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan peruntukan RM5 bilion dan memanfaatkan 4.3 juta rakyat Malaysia. Ini termasuk pengenalan semula kategori bantuan bagi individu bujang berumur 21 tahun, berbanding 40 tahun sebelum ini.



BSH sebelum ini, hanya diberikan kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan RM4,000 ke bawah. Manakala bagi bujang, untuk yang berusia 40 tahun ke 59 tahun sahaja.

Kategori baru di dalam BPR adalah isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah, serta bujang berusia 21 tahun dan ke atas.

Belanjawan 2021: BSH ditukar ke BPR, had umur bujang turun dari 40 ke 21 tahun

“Kerajaan pada masa ini berpendapat adalah wajar kita kembali kepada keadaan sebelum ini semasa pelaksanaan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dimana ia dibuka untuk semua bujang 21 tahun ke atas,”.

“Tetapi kerajaan tidak mengabaikan nasib M40. Selain daripada pengumumnan cukai dikurangkan satu mata peratusan bagi individu yang berpendapatan bercukai dengan julat RM50,001 hingga RM70,000, beberapa lagi dari segi pelepasan cukai telah diumumkan yang bakal membantu M40 dari segi potongan cukai gaya hidup yang dinaikkan daripada RM2,500 kepada sehingga RM3,000,” tambah Johan lagi.

[Sumber: Bernama]

Tags: Bantuan Prihatin RakyatBelanjawan 2021
Najib

Najib

POPULAR

Prihatin PKS: Majikan boleh mohon subsidi upah mulai 9 April di atas talian

Pemohonan baharu BPR sebelum Januari 2021, bayaran pertama sebelum Hari Raya 2021

10 November 2020
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN