Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

TNB akan pasang 1.5 juta Smart Meter untuk pengguna Melaka & Lembah Klang sebelum 2021

Setakat 23 Oktober 2020, TNB melaporkan lebih 600 ribu meter pintar telah dipasang di Melaka dan Lembah Klang. Ia adalah sebahagian daripada program rintis yang telah berjalan sejak 2014.

Menurut video terkini daripada pihak mereka, TNB mensasarkan 1.5 juta Smart Meter untuk Melaka dan Lembah Klang sebelum 2020 tamat.

Di pihak pengguna, anda tak perlu lakukan apa-apa melainkan daftar akaun percuma di MyTNB. Platform dalam talian ini sudah lama ada dan boleh digunakan walaupun anda masih gunakan meter analog mahupun digital. TNB melaporkan yang sebanyak 4.2 juta pengguna telah berada dalam platform tersebut.

TNB akan berikan notis sekurang-kurangnya 30 hari sebelum juruteknik mereka tiba di kediaman anda untuk memasang meter pintar. Masa yang diambil untuk sesi pemasangan adalah kurang daripada 1 jam dan sepanjang proses tersebut, bekalan elektrik perlu diputuskan.

Pemasangan adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi TNB.

Apakah Smart Meter?

Bagaimanakah Smart Meter berfungsi?

Manfaat Smart Meter

Cara daftar akaun myTNB

[Sumber: TNB, Awani]

BACA  Negara kita jadi hub pemasangan Nintendo Switch, cuba cari kotak Made in Malaysia