• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini respons Muslim Pro terhadap isu jual data kepada tentera A.S

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:12 am
  • 18/11/2020
  • Komen
Ini respons Muslim Pro terhadap isu jual data kepada tentera A.S
Share on FacebookShare on Twitter

Melihatkan pada reaksi pantas Muslim Pro kepada laporan Vice berkenaan data penggunannya yang diperoleh tentera A.S melalui saluran tertentu, saya rasakan yang bahang gerak balas penggunannya cukup kuat. Berikut adalah kenyataan rasmi Muslim Pro di Twitter rasmi milik mereka:

Media reports are circulating that Muslim Pro has been selling personal data of its users to the US Military. This is INCORRECT and UNTRUE. Muslim Pro is committed to protecting and securing our users’ privacy. This is a matter we take very seriously. #MuslimPro pic.twitter.com/2Lu0Zgvso1

— Muslim Pro App (@MuslimPro) November 17, 2020

Ini pula versi TLDR:



  • Muslim Pro sangat peka tentang keselamatan data penggunannya.
  • Muslim Pro gunakan piawaian industri untuk lindungi data pengguna.
  • Semua fungsi dalam APP Muslim Pro boleh digunakan tanpa perlu daftar. Maka, ia menyumbang pada kerahsiaan.
  • Muslim Pro berkongsi data rawak dengan beberapa pihak ketiga untuk sediakan perkhidmatan lebih baik.
  • Semua pihak ketiga mematuhi undang-undang global daripada segi perlindungann data.
  • Muslim Pro telah lancarkan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
  • Muslim Pro telah tamatkan hubungan dengan X-Mode berkuat kuasa serta merta.
Muslim Pro aplikasi Islamik semua-dalam-satu dilancar di Malaysia

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh pasukan pembangun Muslim Pro dan tidak ditandatangani oleh orang yang mengepalai Muslim Pro. Tentu anda bertanya, daripada mana datangnya Muslim Pro?

Kisah Muslim Pro

Muslim Pro dibangunkan oleh syarikat yang bernama Bitsmedia Ptd. Lte. Ia berpengkalan di Singapura. Syarikat itu diasaskan oleh Johan Rozali-Wathooth dalam tahun 2009.



Kemudian, dalam tahun 2016, Johan telah menyertai Affin Hwang AM sebagai timbalan pengarah urusan. 2017, Affin Hwang AM telah beli Bitsmedia dan menubuhkan Bintang Capital Partners Bhd. yang merupakan satu inisiatif yang digerakkan Johan sendiri.

Itu tentang Muslim Pro, tapi persoalan yang lebih penting, apakah jenis data yang dihimpunkan oleh Muslim Pro? Hal ini kerana, disebabkan anda boleh gunakan APP ini tanpa lakukan pendaftaran, sudah tentu ia tiada maklumat email, nombor telefon dan lain-lain data sensitif anda.

Kami sedang menghubungi pembangun Muslim Pro untuk maklumat lanjut.

Tags: keselamatanMuslim Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Ini respons Muslim Pro terhadap isu jual data kepada tentera A.S

Ini respons Muslim Pro terhadap isu jual data kepada tentera A.S

18 November 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN