• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A42 5G ialah telefon 5G termurah dan skrin HD termahal di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:42 am
  • 19/11/2020
  • Komen
Galaxy A42 5G ialah telefon 5G termurah dan skrin HD termahal di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pada harga RM1,599, tidak syak lagi produk terbaru Samsung ini adalah telefon 5G termurah di Malaysia setakat ini. Untuk perbandingan, saingan terhampir telefon ini ialah seperti:

  • Poco F2 Pro – RM2,199
  • Mi 10T – RM1,699
  • OnePlus Nord – RM1,799

Nova 7 SE ada 5G pada harga RM1,499 tapi agak sukar untuk gunakannya di sini sebab tiada GMS.



Ada beberapa lagi calon telefon 5G bawah RM2,000 di Malaysia tapi ia bukanlah set rasmi, sebaliknya set import dan harganya berubah-berubah.

Spesifikasi Galaxy A42 5G

Sungguhpun ia adalah sebuah telefon yang agak besar, pada panel 6.6”, Samsung cuma berikan panel HD+ sahaja. Kalau nak jimatkan kos sekalipun, skrin HD+ langsung tak releven pada telefon berharga lebih RM1,000.



Untuk RM1,600 pengguna ada pilihan yang lebih berbaloi seperti Galaxy A71, A51, dan M31, yang walaupun tiada 5G, ia lebih releven dengan landskap telekomunikasi semasa.

Beli Galaxy A42 5G di Shopee

Atas papan utama, ia diperkasa SoC Snapdragon 750G dan untuk pasaran kita, ia hadir dengan konfigurasi RAM 8GB dan storan 128GB yang boleh diperluas melalui slot khas.

Di jabatan pengimejan, ia ada 4 kamera belakang dan 1 kamera depan. Kombinasi kamera belakang telefon ini adalah seperti berikut:

  • 48MP F1.8
  • 8MP ultralebar
  • 5MP bokeh
  • 5MP makro

Kamera depan telefon ini dilengkapi sensor 20MP F2.2. Membekalkan tenaga pada telefon ini adalah sekeping bateri berkapasiti 5,000mAh. Namun begitu, ia cuma diberikan pengecasan 15W sahaja.

[Sumber: Samsung]

Tags: 5gsamsungsamsung galaxysamsung galaxy a42
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Galaxy A42 5G ialah telefon 5G termurah dan skrin HD termahal di Malaysia

Galaxy A42 5G ialah telefon 5G termurah dan skrin HD termahal di Malaysia

19 November 2020
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN