Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei Nova 7 SE adalah telefon 5G paling murah di Malaysia

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan harga jualan untuk telefon pintar 5G terbaru mereka di Malaysia. Huawei Nova 7 SE 5G akan dijual pada harga RM1,499 sahaja, harga terendah untuk telefon pintar 5G di Malaysia.

Telefon ini akan mula dijual pada 19 Jun 2020, di Stor Online Huawei dan semua Huawei Experience Store di seluruh negara. Ia datang dengan RAM sebanyak 8GB dan storan berkeluasan 128GB.

Bagi menyambut pelancarannya, Huawei turut memberikan hadiah percuma bernilai RM1,256 untuk pembeli terawal. Selain itu, pembeli juga berpeluang memenangi salah satu dari 3 Proton X70 dalam cabutan bertuah.

Hadiah percuma yang disediakan untuk pembeli Huawei Nova 7 SE 5G adalah seperti berikut:

  1. Huawei Band 4
  2. Casing Huawei Nova
  3. Huawei Video (dimsum) percuma selama 3 bulan
  4. Huawei Book percuma selama 6 bulan
  5. Huawei Cloud storage sebanyak 15GB (sah untuk 12 bulan)
  6. Pelbagai ganjaran di dalam Member Center bernilai lebih RM1,000

Huawei juga mengadakan cabutan bertuah menerusi Huawei AppGallery Carnival 2020, yang berjalan dari 19 hingga 30 Jun 2020. Dengan pembelian mana-mana produk Huawei di Stor Online Huawei, anda boleh menyertai cabutan bertuah ini. Maklumat lanjut di laman web Huawei Carnival.

Huawei Nova 7 SE 5G dikuasakan dengan cip Kirin 820 5G, bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Ia menerima kad memori NM sehingga 256GB untuk storan tambahan.

Skrinnya dari jenis LCD berlubang, berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD Penuh. Pengimbas cap jarinya terletak di sisi, digabungkan dengan butang kuasa. Telefon ini memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh, yang menyokong pengecasan pantas 40W USB-C.

Terdapat 4 kamera belakang padanya iaitu kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.4, kamera bokeh 2MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapannya 16MP F2.0, terletak di dalam lubang di bahagian atas skrin.

BACA  Nubia Red Magic 5S hanya naik taraf sedikit untuk kekal harga rendah

Telefon pintar Nova 7 SE 5G menjalankan sistem operasi EMUI 10.1.1 berasaskan Android 10. Disebabkan ia model baru dengan cip baru, telefon ini tidak memiliki Google Mobile Services. Ia menggunakan Huawei Mobile Services dengan AppGallery sebagai stor aplikasi.