Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Akaun TikTok ini ada 6 juta pengikut dengan mengajar sains anatomi manusia

TikTok adalah aplikasi media sosial yang dipenuhi dengan video pendek menari dan menyanyi. Ada juga yang menjadikannya platform untuk mengasah bakat megedit video mereka. Tetapi tahukah anda, di TikTok juga ada kelas sains di mana anda boleh belajar anatomi badan manusia?

Anda boleh ke akaun TikTok Institute of Human Anatomy (IoHA) dan di sana terdapat banyak video yang bercerita tentang dalaman dan luaran badan manusia. Hos video in adalah Justin Cottle, pengarah makmal di Institute of Human Anatomy.

Justin bercerita tentang pelbagai topik berkenaan badan manusia, seperti saraf di otak, saiz pundi kencing, tengkorak dan bermacam lagi. Ia dipersembahkan dalam video pendek dengan penerangan ringkas tetapi padat, pastinya memenuhi selera pengguna TikTok kebanyakannya.

Sebenarnya, Institute of Human Anatomy adalah pusat pengumpulan mayat manusia untuk kegunaan pendidikan anatomi manusia, latihan peralatan perubatan serta ujian prototaip. Dalam kebanyakan video IoHA di TikTok, Justin menggunakan mayat sebenar untuk menerangkan tentang topik yang ingin dibincangkan.

Contohnya dalam video ini, Justin menerangkan kenapa bila anda mengatakan perut sakit, sebenarnya bukanlah perut yang sakit tetapi organ yang lain.

Video ini pula bercerita bagaimana manusia boleh terlupa tentang tarikh dan masa. Ingatkah anda kenapa?

@instituteofhumananatomy

MAMMILLARY BODY & FORNIX!! They also play a role in processing emotion. #LearnOnTikTok #TikTokPartner #neuroscience #amnesia

♬ original sound – IOHA

Menariknya, akaun TikTok IoHA baru menyambut ulangtahun pertama mereka bulan ini dan mereka telah memiliki 6 juta pengikut. Cara ini mungkin boleh memberi inspirasi kepada para pendidik terutama di Malaysia, untuk beradaptasi dengan pendidikan jarak jauh dan menggunakan TikTok sebagai salah satu medium pengajaran mereka.

BACA  Tertipu dengan kerja mudah 'like dan share', mangsa rugi ratusan ribu ringgit