Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei MateStation B515, desktop yang diperkasa Kunpeng 920

Bukan Apple sahaja ingin miliki lebih kawalan terhadap produk mereka. Huawei pun telah lama, sedikit demi sedikit, mengurangkan kebergantunggan terhadap pihak ketiga dalam penghasilan produk. Ada satu laporan dari China menyebut yang Huawei telah lancarkan sebuah desktop, Huawei MateStation B515.

Dekstop ini mengandungi kombo CPU dan monitor. Di bahagian monitor, ia diberikan panel 23.8” beresolusi FHD+.

Di bahagian dekstop, MateStation B515 diperkasa papan utama Huawei Kunpeng Desktop Board. Papan ini sudah lama diwar-warkan di Internet, jauh seawal April 2019 lagi.

Atasnya ada SoC Kunpeng 920 yang dibangunkan menggunakan litografi 7nm. Ia adalah pemproses berasaskan ARM, sama seperti cip Apple M1. Menurut spesifikasi teknikal rasmi, papan utama yang memegang nombor model D920S10 ini miliki spesifikasi seperti berikut:

  • Pemproses Kunpeng 920 @ 2.6Ghz
  • 6 port SATA
  • 2 port M.2 SSD
  • 4 slot UDIMM yang mampu tamping sehingga 64GB @ 2666Mhz
  • 1 PCIe 3 x16, 1 PCIe 3 x4, dan 1 PCIe x1
  • 2 port LAN RJ45
  • 4 USB 3.0, 4 USB 2.0

Sangat tipis untuk melihat produk ini dipasarkan di luar China kerana ia sebahagian besarnya akan digunakan organisasi tempatan seperti agensi kerajaan dan institusi pembelajaran.

Hal ini kerana, produk ini tidak didatangkan dengan sistem operasi Windows mahupun Linux, sebaliknya ia menjalankan sistem operasi Unity Operating System (UOS).

Sumber: SparrowNews

BACA  Belanjawan 2021 dibentang hari ini, tontonnya di sini