• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis cabar tuntutan cukai LHDN berjumlah RM140 juta

  • OLEH Najib
  • 5:27 pm
  • 23/11/2020
  • Komen
Maxis cabar tuntutan cukai LHDN berjumlah RM140 juta
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 17 November 2020, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengemukakan cukai tambahan berjumlah RM140 juta kepada Maxis Broadband Sdn Bhd, untuk tambahan dari cukai pada tahun 2016 dan 2017. Ia dikenakan selepas LHDN menolak pemotongan perbelanjaan faedah yang dikenakan pada tahun tersebut.

Maxis Broadband merupakan salah satu subsidiari kepada Maxis, menyediakan perkhidmatan jalur lebar dan telefon pintar. Maxis dalam kenyataan media mengenai perkara tersebut menyatakan, mereka akan mencabar tuntutan tambahan ini.



“Berdasarkan nasihat guaman yang diterima, MBSB akan melaksanakan proses undang-undang untuk mencabar asas dan keabsahan tuntutan penilaian tambahan yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah LHDN serta penalti yang dikenakan. Tiada apa-apa impak kewangan kepada Kumpulan Maxis disebabkan hasil proses undang-undang tersebut,” dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Bulan lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengenakan dua kompaun berjumlah RM100,000 kepada Maxis, atas kesalahan gagal melaksanakan pengesahan identiti untuk pendaftaran kad SIM prabayar baharu pada tahun 2019.



[Sumber: Utusan, FMT, Bursa Malaysia]

Tags: LHDNmaxis
Najib

Najib

POPULAR

Maxis cabar tuntutan cukai LHDN berjumlah RM140 juta

Maxis cabar tuntutan cukai LHDN berjumlah RM140 juta

23 November 2020
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN