• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Flash akan tamat perkhidmatan tahun ini, tetapi permainan Flash tetap boleh dimainkan

  • OLEH Najib
  • 4:28 pm
  • 23/11/2020
  • Komen
Flash akan tamat perkhidmatan tahun ini, tetapi permainan Flash tetap boleh dimainkan
Share on FacebookShare on Twitter

Format Flash di HTML membolehkan pelbagai kandungan multimedia dipaparkan di pelayar web. Bagaimanapun, ia menggunakan kuasa pemproses dan RAM yang besar, membuatkannya tidak efisyen digunakan pada komputer berprestasi rendah dan seterusnya diganti dengan format seperti HTML5. Adobe telah menyatakan akan menghentikan perkhidmatan Flash pada 31 Disember 2020 dan kebanyakan pelayar web telah lama berhenti menyokong Flash.

Semasa kegemilangannya, banyak permainan dalam talian telah dihasilkan dalam format Flash. Bagaimanapun orang ramai masih boleh mengakses pelbagai permainan Flash di pelayar web, apabila Internet Archive membangunkan pustaka khas penyimpanan dan turut boleh dimainkan menggunakan emulator Ruffle.



Dengan ini, ia masih boleh dimainkan di pelayar web tanpa sokongan Flash. Terdapat ratusan permainan Flash di dalam simpanan ini, antaranya ialah PacMan, Tetris dan juga si landak Sonic. Selain permainan Flash, Internet Archive juga menyimpan beberapa animasi Flash popular yang pastinya menggamit nostalgia.

Jika anda tidak tahu, Internet Archive adalah organisasi yang menyimpan arkib internet sejak 1996. Ia boleh diibaratkan sebagai perpustakaan digital dengan lebih 475 bilion laman web, 14 juta rakaman audio, 6 juta video, 3.5 juta gambar dan 500 ribu program.



Anda boleh memasuki pustaka arkib Flash tersebut di sini.

[Sumber: Malay Mail]

Tags: AdobeAdobe FlashInternet Archive
Najib

Najib

POPULAR

Flash akan tamat perkhidmatan tahun ini, tetapi permainan Flash tetap boleh dimainkan

Flash akan tamat perkhidmatan tahun ini, tetapi permainan Flash tetap boleh dimainkan

23 November 2020
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN