• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selepas eWallet dan TV, Sarawak mahu miliki telko, bank dan penerbangan sendiri

  • OLEH Najib
  • 2:18 pm
  • 26/11/2020
  • Komen
Selepas eWallet dan TV, Sarawak mahu miliki telko, bank dan penerbangan sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Sarawak dilihat telah menggerakkan banyak inisiatif digital sendiri, antaranya melancarkan eWallet Sarawak Pay dan memulakan operasi TV Sarawak yang bersiaran percuma. Terkini, kerajaan Sarawak merancang mahu memiliki rangkaian telekomunikasi mereka sendiri.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaskan, Sarawak merancang untuk memiliki rangkaian telekomunikasinya sendiri dalam tempoh dua tahun akan datang. Keputusan ini diambil bertujuan untuk memperluaskan khidmat jaringan jalur lebar, terutamanya di luar bandar.



Tonton dari 6:45-7:50

Tambah Abang Johari, syarikat telekomunikasi sedia ada, enggan meluaskan perkhidmatan mereka ke kawasan luar bandar Sarawak kerana permintaan yang kurang memberangsangkan. Ini menyukarkan penduduk luar bandar menikmati sambungan internet yang memuaskan.

Penyelesaiannya, kerajaan Sarawak perlu ada syarikat telekomunikasi sendiri dan kerajaan negeri akan memberi subsidi kepada syarikat telekomunikasi supaya kadar yang dikenakan kepada pengguna adalah rendah, jelas beliau lagi ketika ditemu bual dalam sebuah rancangan di stesen penyiaran tempatan di Kuching.



Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Selain itu, Sarawak juga menerusi Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), merancang untuk membangunkan sejumlah 1,246 menara komunikasi di seluruh negeri. Kerajaan Sarawak juga baru meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk melebarkan sambungan wifi ke seluruh peringkat menggunakan sistem zon.

Sambungan internet yang stabil dan jalur lebar yang luas sangat penting di negeri Sarawak kerana perkembangan digital yang sangat pesat ketika ini. Langkah ini sekaligus memacu perkembangan ekonomi serta menjamin pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang lebih memberangsangkan.

Sarawak juga sedang menunggu lesen perbankan digital daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan sekiranya diluluskan, negeri itu akan menjadi negeri pertama memulakan perbankan digital. Sarawak turut dalam perancangan untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri.

[Sumber: Awani]

Tags: sarawak
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Selepas eWallet dan TV, Sarawak mahu miliki telko, bank dan penerbangan sendiri

Selepas eWallet dan TV, Sarawak mahu miliki telko, bank dan penerbangan sendiri

26 November 2020
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN