Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

OnePlus 8T Cyberpunk 2077 dicerakinkan untuk dedah rahsia kemasan Sandstone

OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 tak salah lagi antara telefon paling cantik tahun 2020. Sayangnya, ia tidak dijual secara rasmi di luar pasaran China. Namun, anda boleh bayar RM3,888 untuk dapatkan versi import di Malaysia. Bahagian belakang telefon itu, anda boleh lihat kemasan yang unik.

Di bahagian bawah, kemasannya hitam berkilat manakala selebihnya nampak seperti kemasan berteksur seperti sandstone. Kemasan ini sangat ikonik kepada OnePlus. Kalau anda masihi ingat, OnePlus One haidr dengan kemasan jenis ini tapi pada waktu itu, belakangnya diperbuat dairpada plastik dan bateri telefon tersebut boleh ditanggalkan.

Untuk OnePlus 8T ini, disebabkan ia menggunakan materi kaca, kemasan yang diberikan padanya tak sama seperti yang dulu. Dalam satu video cerai badan OnePlus 8T, corak sandstone pada telefon itu adalah pelekat yang berada di bahagian belakang panel telefon. Kalau, pelekat itu ditanggalkan, panel tersebut sebenarnya adalah kaca lutsinar.

Satu lagi perkara menarik tentang telefon ini adalah pada bahagian bateri. Kelihatan komponen baterinya terdiri daripada dua bateri yang dicantumkan. Ia bukanlah sesuatu yang baru. Oppo R17 Pro adalah antara yamg pertama gunakan penyelesaian itu untuk capai kuasa pengecasan 50W. Kaedahnya adalah dengan mengecas dua bateri secara selari.

[Sumber: GSMArena]

BACA  Ini cara halal untuk dapatkan booster LTE menurut MCMC