• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cuba dapatkan akses Internet, 3 pelajar jatuh 18 meter dari jambatan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:24 pm
  • 27/11/2020
  • Komen
Cuba dapatkan akses Internet, 3 pelajar jatuh 18 meter dari jambatan
Share on FacebookShare on Twitter

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian merupakan satu norma baharu dan cara yang selamat bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19. Namun, wujud kekangan seperti capaian internet lemah khususnya kepada pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar.

Demi memastikan proses pembelajaran secara dalam talian dapat dilaksanakan dengan baik, ada dalam kalangan pelajar yang mengalami masalah capaian internet lemah sanggup mengabaikan keselamatan diri hanya untuk mendapatkan capaian internet yang lebih lancar. Ada antara mereka memanjat pokok setinggi 8 meter untuk memasang router wifi, ada juga yang duduk di atas pokok untuk menghadiri kelas secara dalam talian.



Pada 23 November 2020, kira-kira jam 9 malam, seramai tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut yang sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian, terjatuh dari jambatan gantung ketinggian 18 meter dari paras sungai di Kampung Gusi, Sabah.

Menurut sumber, kawasan sekitar jambatan gantung itu merupakan satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet. Malah, sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar untuk berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet. Capaian internet di Kampung Gusi dikatakan tidak berada dalam keadaan baik, tetapi lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung terbabit.



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pernah berkata, sebanyak 924 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada di negeri Sabah akan dinaik taraf dan 382 menara komunikasi baharu dirancang dibina dalam usaha mengoptimumkan capaian jalur lebar dan perkhidmatan 4G di negeri itu.

Pelajar ketepikan isu keselamatan dalam mencari capaian internet bukanlah satu isu yang baharu. Sebelum ini, pernah tular pelajar Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak, Muhammad Saiful Izwan Mohamad Hilmi, 21 memanjat pokok untuk memasang router wifi bagi mendapatkan capaian Internet yang baik untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Ada juga kisah mengenai pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang mengambil peperiksaan di atas pokok secara dalam talian berikutan capaian Internet yang lemah.

Veveonah Mosibin

Proses pembelajaran dalam talian dilihat sangat sukar dilakukan oleh sesetengah pihak terutamanya golongan pelajar yang tinggal dikawasan pendalaman. Ini berikutan ada sebahagian kawasan tidak mendapat capaian internet yang memuaskan.

Individu yang terlibat dengan kekangan ini dilihat perlu berusaha lebih untuk mendapat capaian internet yang lancar bagi terus berhubung dengan tenaga pengajar. Meskipun begitu, keselamatan perlu menjadi aspek pertama yang dititikberatkan sebelum berusaha mencari akses Internet.

[Sumber: BH, Sinar]

Tags: SKMMtelekomunikasi malaysia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cuba dapatkan akses Internet, 3 pelajar jatuh 18 meter dari jambatan

Cuba dapatkan akses Internet, 3 pelajar jatuh 18 meter dari jambatan

27 November 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN