• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengasas Huawei mahu Honor jadikan Huawei seteru utama mereka

  • OLEH Najib
  • 1:54 pm
  • 28/11/2020
  • Komen
Pengasas Huawei mahu Honor jadikan Huawei seteru utama mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah memaklumkan akan menjual sub-jenama Honor, untuk memastikan kelangsungan jenama tersebut selepas berhadapan sekatan dari Amerika Syarikat (AS) sejak tahun lepas. Dalam ucapan kepada pekerja Honor, pengasas bersama Huawei Ren Zhengfei berkata, dia mahu mereka berusaha keras untuk mengatasi Huawei.

Sebuah entiti baru dikenali sebagai Shenzhen Zhixin New Information Technology, gabungan agen dan pengedar Honor di China, telah membeli jenama Honor daripada Huawei Technologies. Perkara ini dibuat supaya Honor boleh terus mendapatkan komponen untuk menghasilkan peranti serta menjual produk mereka, yang disekat oleh kerajaan AS akibat hubungan rapat dengan Huawei.



Tambah Ren, Huawei masih mampu untuk mengatasi kepayahan yang timbul akibat sekatan AS, tetapi ia telah menjejaskan pendapatan jutaan pekerja, agen, dan pengedar Honor di seluruh dunia. Huawei tidak mahu orang lain yang tidak bersalah terlibat dalam kancah ini.

Telefon pintar Honor mewakili 26% dari 51.7 juta telefon pintar Huawei yang dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini, di antara Julai ke September 2020, menurut penganalisa Canalys. Selain telefon pintar, Honor juga ada menghasilkan laptop, tablet, TV Pintar dan pelbagai aksesori pintar IoT.



Pelancaran jam pintar dan laptop baru Honor Malaysia

Masalah ini boleh dilihat memberi kesan di Malaysia apabila Honor Malaysia tidak lagi membawakan peranti flagship mereka yang telah dilancarkan di China, seperti Honor View 30 dan Honor 30. Malah, telefon pintar Honor yang baru tidak lagi disertakan Google Mobile Services (GMS), membuatkan peranti tersebut tidak dapat menggunakan aplikasi Google seperti biasa.

Pada pertengahan tahun ini, Honor Malaysia lebih memfokuskan kepada jualan produk bukan telefon pintar seperti laptop, jam pintar, audio dan lain-lain. Dengan penjualan jenama Honor, diharapkan ia membawa sinar baru yang lebih cerah untuk masa depan Honor.

[Sumber: Reuters]

Tags: honor
Najib

Najib

POPULAR

Pengasas Huawei mahu Honor jadikan Huawei seteru utama mereka

Pengasas Huawei mahu Honor jadikan Huawei seteru utama mereka

28 November 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN