• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

2 Laptop pertama Lenovo dengan Thunderbolt 4 masuki Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:03 pm
  • 30/11/2020
  • Komen
2 Laptop pertama Lenovo dengan Thunderbolt 4 masuki Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Lenovo telah bawa masuk dua laptop baru kedalam pasaran Malaysia iaitu Lenovo Yoga Slin 7i Carbon dan Lenovo Yoga 9i. Walau bagaimanapun, model Yoga 9i hanya akan dijual dalam bulan Januari 2021 manakala anda sudahpun boleh dapatkan Yoga Slin 7i Carbon di pengedar sah diseluruh negara.

Yoga Slim 7i Carbon

Yoga Slim 7i Carbon dijual pada harga bermula RM4,399. Selain pengedar sah seluruh negara, anda boleh dapatkannya secara dalam talian di Lazada dan juga Shopee. Ada promo baru yang sedang berjalan sehingga 31 Disember 2020.



Dengan setiap pembelian laptop ini, anda akan beroleh hadiah bernilai RM1,445. Padanya terdapat lesen Microsoft Office Home and Student, beg Targus, kabel HDMI, dan juga seunit Fitbit Inspire 2. Hadiah tersebut perlu ditebus scara dalam talian di lenovo-redemption.com.

Untuk spesifkasi varian paling asas, anda beroleh CPU Intel Coer i5-1135G7 dengan RAM 8GB dan storan 256GB daripada jenis NVMe. Varian paling berkuasa diperkasa Core i7-1165G7 dan storan dipertingkat kepada 512GB tapi RAM dikekalkan pada 8GB.



Laptop ini ada paparan 2.5K 13.3” daripada jenis IPS LCD. Tiada kad grafik discrete ada pada laptop ini. Tapi varian yang lebih mahal ada Intel Iris Xe Graphics.

Ada 3 port USB-C pada laptop ini, dua daripadanya menyokong Thunderbolt 4 yang bermakna ia boleh diguna untuk outpu skrin dan juga Power Delivery.

Menerima cap piawaian MIL-STD-810G, anda boleh jangkakan yahap kelasakkannya. Laptop ini dicas melalui port USB-C dan terima kuasa 65W. Hayat bateri yang diiklankan adalah 15 jam.

Yoga 9i 2-in-1

Yoga 9i 2-in-1 masih belum dijual di Malaysia, tapi harganya diumumkan bermula RM6,399 dengan tempahan dimulakan pada 12 Disember 2020.

Sebagai produk flagship, sudah tentu penelitian tambahan diberikan padanya. Bahagian belakang panel paparannya dilapisi kemasan kulit untuk berikan rupa premium.

Padanya, anda terima 3 port USB, dua jenis USB-C dan satu lagi jenis USB-A. Dua USB-C tersebut menyokong Thunderbolt 4 dengan fungsi seperti yang terdapat pada Yoga 7i Carbon.

Hayat bateri yang diiklankan Lenovo adalah sekurang-kurangnya 10 jam lamanya dengan 18 jam jika tonton video sahaja.

Lenovo masih tidak kongsikan spesifikasi untuk setiap varian Yoga 9i ini. Tapi atas papan utama, ia diperkasa CPU sehingga Intel Core i7 gen-11, RAM sehingga 16GB, dan storan sehingga 1TB SSD PCie.

Paparannya adalah sebesar 14” UHD dengan sokongan HDR400 dan Dolby Vision.

Tags: lenovolenovo 7i carbonlenovo 9i carbon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

2 Laptop pertama Lenovo dengan Thunderbolt 4 masuki Malaysia

2 Laptop pertama Lenovo dengan Thunderbolt 4 masuki Malaysia

30 November 2020
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

30 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN