• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jenayah sedut kredit prabayar, lima telco disiasat SPRM

  • OLEH Najib
  • 12:19 pm
  • 30/11/2020
  • Komen
Jenayah sedut kredit prabayar, lima telco disiasat SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

Kehilangan kredit prabayar adalah satu perkara yang sering dihadapi pengguna di Malaysia. Dianggarkan hampir 100 syarikat penyedia kandungan dikesan melakukan jenayah ‘menyedut’ kredit prabayar milik pengguna, menyebabkan kerugian hampir RM100 juta sejak 10 tahun lalu.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kepada Harian Metro, syarikat ini akan menghantar pelbagai kandungan mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit pelanggan talian prabayar, sebelum mangsa dikenakan caj antara RM0.50 sehingga RM5 bagi setiap penghantaran ‘sampah’. Difahamkan syarikat ini aktif ‘mencuri’ wang milik pengguna talian prabayar, hasil kegiatan membeli data peribadi pengguna dengan menyogok kakitangan syarikat telekomunikasi (telco) tempatan.



Perkara ini dijayakan dengan bantuan ‘orang dalam’ syarikat telco, yang menjual data peribadi pelanggan prabayar. Siasatan dilakukan SPRM sejak bulan Mac lalu mendapati penipuan terancang ini membabitkan kerja ‘orang dalam’ telco yang memegang pelbagai jawatan penting.

Sumber: Harian Metro

Menurutnya, antara jawatan yang dikenal pasti menerima rasuah ini adalah pengurus proses pembayaran, bajet koordinator, penyedia kandungan eksklusif, penyedia tadbir urus, pengurus produk, ketua projek dan pelbagai jawatan penting lain. Kakitangan bahagian teknikal dan aduan, menjadi tumpuan ‘syarikat jahat’ ini berikutan mereka mempunyai akses untuk membocorkan data dan maklumat sulit pelanggan.



“Syarikat penyedia kandungan ini adalah syarikat berasingan yang dikesan membayar wang rasuah kepada ‘orang dalam’ tertentu di telco dengan bayaran antara RM100,000 hingga RM200,000 seorang. SPRM percaya jumlah keseluruhan rasuah yang sudah diberikan kepada kakitangan telco mencecah puluhan juta ringgit, sejak kegiatan ini bermula hampir 10 tahun lalu. Setakat ini lima telco sudah disiasat dan siasatan menyeluruh akan dilakukan terhadap lebih banyak syarikat komunikasi yang diyakini bersekongkol dengan syarikat penyedia kandungan ini,” tambahnya lagi.

‘Syarikat jahat’ ini beroperasi dengan menghantar mesej pelbagai kandungan SMS ke telefon bimbit pelanggan talian prabayar. Tetapi terdapat caj tersembunyi pada setiap mesej dihantar. Contohnya, kredit prabayar akan ditolak sehingga RM5 bagi setiap ring tone (nada bunyi), wallpaper dan permainan interaktif yang dihantar kepada pelanggan ini. Malah, ada juga situasi pelanggan dikenakan caj tanpa menerima apa-apa kandungan langsung.

[Sumber: Harian Metro]

Tags: SPRM
Najib

Najib

POPULAR

Jenayah sedut kredit prabayar, lima telco disiasat SPRM

Jenayah sedut kredit prabayar, lima telco disiasat SPRM

30 November 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN