• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Fail PDF tampil kemas dalam ciri baharu Google Docs

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:33 pm
  • 01/12/2020
  • Komen
Fail PDF tampil kemas dalam ciri baharu Google Docs
Share on FacebookShare on Twitter

Google Docs merupakan alternatif menggantikan Microsoft Word. Ada individu pilih untuk menggunakannya kerana ia mudah dan dapat menjimatkan masa, satu kumpulan boleh menggunakan satu fail Google Docs untuk mengedit pada satu masa. Tidak seperti fail Word yang hanya dapat digunakan oleh satu orang pada satu masa.

Namun begitu, apabila fail PDF di import ke dalam Google Docs sebagai satu rujukan, hasilnya sangat tidak memuaskan. Tulisan menjadi tidak kemas dan gambar tidak dapat dikesan.



Oleh itu Google mengumumkan buat pengguna Google Docs, beberapa penambahbaikan dilakukan oleh mereka kepada fail PDF yang diimport ke dalam Google Docs. Menurut Google, mereka membuat pelbagai kemas kini agar fail PDF akan menjadi baik dan kemas apabila diimport ke Google Docs.

Penambahbaikan yang dilakukan

  1. Import gambar – gambar itu sendiri dan pembungkus teks (text wrapping) yang berkaitan dengan gambar.
  2. Import format dan gaya teks – seperti mengimport garis bawah dan coretan (underline and strikethrough) warna latar dan lebih banyak font.
  3. Import susun atur – menyokong susunan atur berbilang lajur (multi-column layouts), ukuran halaman khusus, jadual dengan sempadan (tables and borders) dan menambah baik susunan kandungan.

Sebelum ini Google menasihatkan bahawa senarai, jadual, lajur, nota kaki, dan nota akhir mungkin tidak dapat dikesan. Sementara itu, ia menggalakkan penggunaan Arial, Times New Roman, dan font umum lain untuk hasil terbaik.



Penambahbaikan pada PDF Google Docs ini akan sedia digunakan semua dalam masa 1 hingga 3 hari dari 30 November 2020.

[Sumber: Google]

Tags: Google Docs
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Fail PDF tampil kemas dalam ciri baharu Google Docs

Fail PDF tampil kemas dalam ciri baharu Google Docs

1 December 2020
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN