Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Wallpaper WhatsApp boleh dipelbagaikan disetiap ruang sembang

WhatsApp mengumumkan kemaskini baharu kepada aplikasi tersebut yang akan memberi penambahbaikan pada latar belakang atau wallpaper. Kebiasaannya, hanya satu wallpaper boleh digunakan untuk menghiasi ruang sembang anda untuk semua kenalan di WhatsApp. Namun, terbaharu, anda boleh menetapkan setiap kenalan anda di ruang sembang dengan wallpaper yang berlainan.

Pembaharuan ini secara tidak langsung menjadikan perbualan anda lebih peribadi dan dapat dibezakan dengan kenalan lain melalui latar belakang.

Ciri baharu latar belakang WhatsApp

  • Latar belakang WhatsApp boleh disesuaikan mengikut setiap ruang sembang – Setelah mengemas kini versi aplikasi terbaharu WhatsApp di Android dan iOS, anda boleh menetapkan latar belakang yang berbeza ke dalam setiap ruang sembang anda bersama kenalan. Ia dapat berfungsi sebagai petunjuk visual bahawa anda menghantar mesej yang tepat kepada orang yang tepat setelah biasa dengan latar belakang tersebut.
  • Mod gelap dan mod terang– Anda boleh tetapkan mod terang dan mod gelap pada Wallpaper berasingan. Menurut sumber, wallpaper anda akan automatik beralih dari mod terang ke mod gelap ketika tetapan peranti telefon anda berada pada tetapan malap.
  • Wallpaper Doodle – WhatsApp juga menyediakan Wallpaper Doodle tambahan dengan lebih banyak warna. Semua wallpaper tersebut boleh dimalapkan atau dicerahkan mengikut kehendak anda.

Cara menetapkan Wallpaper pada ruang sembang

Berikut adalah cara yang boleh digunakan untuk menukar wallpaper di setiap ruang sembang.

  1. Pada info kenalan, tekan Wallpaper & Sound
  2. Tekan pilih Wallpaper baru (Choose a New Wallpaper)
  3. Anda boleh pilih wallpaper yang anda ingin gunakan untuk ruangan sembang tersebut. Sama ada wallpaper cerah, gelap, wallpaper berwarna sahaja dan boleh juga pilih daripada fail gambar anda.
BACA  Telegram perkemas ciri Voice Chat untuk fungsi Group dan sejumlah fungsi baru

Facebook mengatakan kemas kini WhatsApp itu mula dilancarkan pada minggu ini, ada juga dalam kalangan pengguna WhatsApp iOS telah melihat penambahbaikan ini muncul di aplikasi.

Dengan andanya pembaharuan dalam aplikasi WhatsApp ini, anda tidak perlu lagi risau tersalah hantar mesej kepada kenalan. Latar belakang WhatsApp ini akan membantu anda menghantar mesej kepada individu yang betul, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan gambar kenalan anda tersebut sebagai wallpaper di ruang sembang anda bersamanya. Ini juga merupakan sesuatu yang eksklusif kerana setiap kenalan mempunyai wallpaper sendiri.

[Sumber: The Verge]